Hiburan By: Maya Basir October 5, 2023 @ 6:33pm

Siti Nordiana Akui Emosi Terganggu Kes Saman Lima Sekawan, Pilih Cari Ketenangan Di Masjid

Penyanyi Siti Nordiana akui kes yang melibatkan dirinya bersama lima sekawan yang berlaku sejak tahun 2021 memberi kesan kepada kesihatan mentalnya.

Memetik laporan mStar, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana memilih untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT dan lebih kerap ke masjid bagi mencari ketenangan.

“Saya akui memang terkesan dengan apa yang diperlakukan.

“Jadi, saya dekatkan diri kepada Allah. Sebelum ini bukan tidak pernah ke masjid, pergi saja tapi selepas kejadian itu, saya lebih kerap.

“Ini kerana dalam masjid tu sendiri memberi ketenangan,” katanya.

Disoal sama ada dia mendapatkan khidmat bantuan pakar bagi mengatasi gangguan emosi, Nana belum terfikir untuk merujuk kepada mana-mana pihak.

“Tidak sampai ke situ. Kita dekatkan diri dulu dengan yang Maha Esa kerana dugaan ini juga daripada-Nya.

“Jadi saya lebih menggunakan pendekatan itu terlebih dahulu,” ujarnya.

Semasa perbicaraan kes tuntutan saman fitnah terhadap lima individu termasuk penyanyi, Lan Solo dan Syura, saksi kedua yang juga pengurus kepada Siti Nordiana selaku plaintif iaitu Muhamad Al Anas Osman mengatakan kontroversi itu membuatkan kontrak iklan komersial dibatalkan serta dua lagi tidak disambung sebagai duta produk.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Azlan Abdul Razak yang mewakili defenden pertama, kedua dan ketiga, Mohammad Al Anas mengakui surat pembatalan kontrak diterima selepas Siti Nordiana selaku plaintif memfailkan saman terhadap lima defenden itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim John Lee Kien How @ Mohd Johan itu akan bersambung pada 30 Oktober ini.

Isu membabitkan Nana dengan lima sekawan bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021.

Nana memfailkan saman pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur dengan menamakan Lan Solo serta isterinya, Nur Sheila dan Syura, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Defenden keempat dan kelima adalah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad.

Untuk rekod, kontroversi ini tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejut berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 29 Sep 2019

71岁林子祥魄力十足一连唱32首歌!感触落泪:因为你们继续唱

现年71岁林子祥魄力十足,云顶演唱会一连唱32首歌;尾声更是感触落泪说道“我会一直继续唱下去,都是因为你们。”

Trending Mon, 22 Mar 2021

“Kalau Betul Nak Jadi Pelakon, Seriuslah!” – Izara Aishah Mohon Instafamous Tidak ‘Main-Main’

Ketika ditemui pada majlis 2 Legasi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Siti Aafiyah Khalid di Cyberjaya baru-baru ini, Izara Aishah mengakui kehadiran instafamous dalam industri lakonan pada masa kini semakin rancak.   Namun, Izara berharap […]

Trending Thu, 26 Nov 2020
Hiburan Thu, 22 Nov 2018

Seksinya Nur Sajat, Agak-Agak Makcik Bawang Kat Luar Sana Ramai Yang Dengki Tak?

Wow! Confirm Mak Cik Bawang makan hati tengok Sajat kali ni

Trending Sat, 14 Jul 2018

Minta Wartawan Rujuk Twitter, Syed Saddiq Ditempelak Netizen

Keengganan Syed Saddiq menjawab pertanyaan media dalam satu video tular itu, mengundang kecaman netizen.

Featured Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Datin Muda, Elvina Nikah 18 Mac

Tahniah buat pelakon muda Elvina yang bakal bernikah 18 Mac 2018