Categories: Oh Lawa

AliffbySha V Inspirasi 5 Wanita Hebat

Selepas kejayaan memberangsangkan menerusi kolaborasi AliffbySha X GoHalal, jenama tudung AliffbySha kini memperluaskan empayar tudungnya dengan berkolaborasi bersama lima wanita hebat daripada pelbagai bidang.

Lima figura tersebut ialah pengacara televisyen, Nadia Annuar dan Uyaina Arshad, penyanyi popular, Nabila Razali, usahawan kosmetik, Joy Revfa serta isteri kepada pengasas produk DHerbs, Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid.

Menurut Pengarah Urusan ASK Boutique, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, pemilihan lima wanita tersebut dibuat berdasarkan personaliti mereka yang memberi inspirasi positif kepada wanita lain.

“Saya melihat mereka berlima cukup berpengaruh dan memberi inspirasi kepada wanita lain di luar sana. Personaliti mereka juga selari dengan imej wanita berhijab, bersifat moden namun masih mengekalkan ciri-ciri wanita timur,” ujar Datuk Seri Aliff Syukri sewaktu majlis pelancaran koleksi terbaru AliffbySha di Romah Makan Terlajak Laris baru-baru ini.

Menariknya, setiap daripada wanita ini mewakili dua corak tudung yang direka eksklusif berinspirasikan personaliti dan imej mereka sendiri. Koleksi Nadeera dan Naazneen mewakili Nadia Annuar, Umairah dan Ulya (Uyaina Arshad), Nafeesa dan Naaila (Nabila Razali), Jasmin dan Jammana (Joy Revfa) serta Saarah dan Safiya (Datin Seri Shahida).

Koleksi tudung bawal satin silk AliffbySha dengan saiz bidang 45”x45” ini dijual dengan harga RM99 dan boleh didapati di pasaran Malaysia, Brunei dan Singapura bermula 30 Januari 2018.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

Ad Ops