Categories: Oh Lawa

Guna Santan Dan Aloe Vera Kalau Nak Rambut Makin Lebat Tanpa Gugur

Bagi anda yang berambut panjang mahupun pendek, anda pasti mengalami masalah rambut gugur kan? Tiap kali sikat rambut, mesti ada rambut yang tertinggal pada sikat. Betul tak? 

Jangan risau, lepas ini pasti anda tidak akan lagi alami masalah rambut gugur. Rambut anda akan bertambah lebat sekiranya anda cuba petua yang dikongsikan oleh Nurtieja Sheikh ini.

Percaya atau tidak, dengan hanya menggunakan santan dan aloe vera, anda akan dapat rambut yang cantik, lebat dan berkilau! Jom kita tengok video ini.

Bahan-bahan:

Santan kelapa (kalau nak guna santan kotak juga boleh)

Aloe vera (Jika tiada, boleh guna minyak zaitun)

Cara-caranya:

Perah santan dan kisar bersama aloe vera

Cara pakai:

Lumurkan campuran tersebut pada seluruh rambut sehingga rata. Anda boleh menggunakan sikat untuk ratakannya dan setelah itu balut rambut anda dengan tuala. 

Biarkan selama 30 hingga 45 minit dan bilas seperti biasa. Selepas itu, cuci rambut dengan menggunakan syampu.

Selamat mencuba!

Sumber; Facebook Nurtieja Sheikh

tex_admin