Categories: Eat TravelSemarak

Chicken Cheese Ball Yang Rangup Ini Memang Sedap Dimakan, Ini Cara Nak Membuatnya!

Semasa bulan puasa ini, pasti ada di kalangan para ibu yang ingin menyediakan masakan yang beraneka jenis untuk santapan berbuka puasa bersama keluarga tersayang.

Setiap hari kalau boleh, pasti ada menu baharu yang dihidangkan. Yang pasti, kalau ia merupakan air tangan seorang ibu, anak-anak pasti berselera!

Apa kata anda cuba menu istimewa ini iaitu Chicken Cheese Ball? Penulis percaya, menu ini akan menjadi kegemaran anak-anak anda kerana rasanya rangup dan sudah pastinya sedap!

Jom kita belajar cara-cara membuatnya melalui video ini.

Bahan-bahannya:

2 Biji kentang, dipotong dadu

200 gram Daging ayam cincang

100 gram Tepung ubi

1 Sudu kecil oregano

1 Sudu kecil lada hitam

1 Sudu kecil garam

Keju Cheddar, dipotong dadu

Keju Mozzarella, dipotong dadu

1 Biji telur putih

Serbuk roti

Cara-caranya:

1. Rebus kentang teerlebih dahulu. Apabila kentang sudah empuk, masukkan ke dalam mangkuk.

2. Lenyekkan kentang tersebut sehingga lumat dan masukkan ayam, oregano, lada hitam dan gaulkan sehingga adunan sebati.

3. Kemudian, masukkan garam dan tepung ubi. Gaul sehingga rata.

4. Ambil sedikit adunan tersebut dan jadikannya bebola kecil dan ditengah-tengahnya masukkan cheddar cheese dan mozarella cheese. Bulatkan menjadi bebola. 

5. Putarkan putih telur dan celup bebola ayam ke dalamnya. Kemudian, gulingkan ke dalam serbuk roti.

6. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Apabila minyak sudah panas, goreng bebola ayam tersebut.

7. Siap untuk dihidangkan bersama sos cili dan mayonis.

Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

tex_admin