Categories: Oh Lawa

Kalau Nak Wajah Flawless, Perlu Lakukan Teknik Double Cleansing Ini

Adakah anda seorang yang mengamalkan rutin double cleansing dalam penjagaan kulit wajah? Jika ya, anda lakukan perkara yang sangat bijak!

Ini kerana, teknik double cleansing ini sangat membantu untuk membersih secara mendalam dan mampu melicinkan kulit wajah anda.

Sebenarnya, teknik mencuci muka ini adalah rutin penjagaan kulit wajah yang dilakukan oleh gadis-gadis Korea. Secara asasnya kaedah rutin ini adalah dengan mencuci muka dua kali berturut-turut.

Rutin ini melibatkan 2 jenis cleanser yang berbeza iaitu cleanser berasaskan minyak (oil based cleanser) atau cleansing balm dan yang keduanya pencuci muka biasa yang berasaskan air atau produk seperti water-soluble cream, gel dan losyen.

Kenapa perlu menggunakan cleanser berasaskan minyak?

Pastinya anda tertanya-tanya kenapa memerlukan cleanser yang berasaskan minyak kan? Untuk pengetahuan anda, minyak sama ada daripada sumber mineral ataupun tumbuh-tumbuhan sangat berkesan dalam menghilangkan kotoran daripada sapuan makeup dan juga formulasi produk suncreen atau sunblock yang anda gunakan setiap hari.

Contoh produk jenis oil based.

Sekarang ini, terdapat formulasi moden iaitu sejenis bahan yang dipanggi emulsifier yang membenarkan minyak untuk bercampur dengan air dan menjadi satu cecair putih seperti susu ataupun emulsion. Cecair ini mudah untuk dibilas berbanding dengan minyak semata-mata.

Teknik double cleansing

Foto: Into The Gloss

Waktu yang disarankan untuk melakukan rutin double cleansing ini adalah pada waktu malam. Caranya adalah seperti berikut:

1. Gunakan oil-based cleanser terlebih dahulu. Letakkan sedikit cleanser di telapak tangan dan urutkan pada seluruh wajah dalam urutan bulatan kecil. Urut selama 1 minit.

2. Kemudian, bilas dengan lembut dan seeloknya dengan menggunakan tuala basah yang tidak kasar.

3. Seterusnya, gunakan cleanser biasa anda. Letakkan sedikit di telapak tangan dan sapukan pada kulit wajah yang masih lembap tadi. Urutkan juga dalam urutan bulatan kecil selama 30 saat.

4. Bilas dengan air bersih dan keringkan wajah dengan tuala kering. Siap!

Rutin ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah jenis kulit muka berminyak. Ini kerana, oil-based cleanser lebih efisyen dan lembut untuk mencuci wajah anda.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Getjelita

tex_admin