Categories: Oh Lawa

Kreativiti kembara raya KREE bangkitkan nostalgia Aidilfitri

Jenama fesyen tempatan, KREE melancarkan koleksi raya keenam khas untuk platform e-dagang fesyen Asia popular, Fashion Valet. Dilancarkan di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun, Teater Ku Ash baru-baru ini, pentas peragaan malam tersebut diinspirasikan oleh suasana tanah lapang.

Pentas peragaan dipenuhi oleh pasir pantai dan dihiasi dengan ranting-ranting pokok bakau bagi menaikkan lagi semangat kempen yang mereka ilhamkan.

Hasil buah tangan pereka muda Ridzuan Alias, koleksi ini diberi nama The Wanderer yang bermaksud pengembara. Koleksi raya kali ini dihiasi dengan filem fesyen pendek yang dibintangi oleh model tempatan, Talie Prabha, Hidayah Baharuddin dan Rita Nadira.

“Kami membawakan konsep pengembaraan di mana ia sesuai bagi mereka yang gemar bereksplorasi dengan sesuatu yang baru. Antara konsep yang ditampilkan bagi koleksi The Wanderer ialah konsep layang-layang di mana coraknya nampak seperti corak batik,” tutur Ridzuan kepada Hijab & Heels.

“Koleksi raya KREE tahun ini menampilkan 30 jenis rekaan. Istimewa koleksi kali ini ialah baju yang dibeli bukan semata-mata baju kurung sahaja, malah ia juga boleh digayakan secara kasual dengan seluar atau blouse.”

Elemen kembara dapat juga dilihat dengan corak bermotif tribal dan fabrik sulaman seperti Fathima Kurung dan Jemila Kurung yang cukup menarik perhatian. Selain daripada itu, koleksi ini turut mempunyai banyak potongan tradisional Melayu yang digabungkan dengan pakaian tradisi Jepun, kimono antaranya seperti Saloma Kimono Kurung dan Embun Kimono Kurung.

Terdapat pelbagai warna menarik bagi koleksi ini, daripada warna terang seperti merah, biru, oren dan hijau sehinggalah ke warna gelap, sesuai dengan KREE yang sentiasa cuba memenuhi kehendak pelanggan terutama dari aspek pemilihan warna.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan koleksi KREE X Fashion Valet sekarang. Harga bagi koleksi ini bermula dari RM 349 hingga ke RM 449. 

Kredit foto: Instagram @kree_my

Ad Ops