Oh Lawa By: tex_admin January 8, 2018 @ 9:43am

Rahsia Kulit Cantik Dan Berseri-Seri Ala Pelakon Bollywood. Guna Kunyit Je Tau!

Setiap kali tengok filem Bollywood, mesti akan ada adegan dimana wanita akan meletakkan mask kunyit yang dibuat sendiri di muka kan? Tambah pula kalau sebelum majlis perkahwinan, bakal pengantin lelaki pun akan dipakaikan dengan mask kunyit. Memang sejak dahulu lagi, amalan menjadikan kunyit sebagai masker untuk golongan wanita di India adalah sangat popular untuk menjadikan kulit lebih mulus dan tak ada jeragat! Patutlah pelakon-pelakon Bollywood ni kulit semua gebu dan nampak lembut je. Jom kita cuba buat mask kunyit ni, agak-agak boleh lawan pelakon Bollywood tak?

www.healthline.com

PERKONGSIAN CARA BUAT MASK KUNYIT

Pernah tak fikir kenapa orang India jarang-jarang ada jeragat? Sejak zaman sekolah saya selalu perhatikan rakan-rakan keturunan India ni kulit muka mereka halus dan tak berjerawat. Mereka selalu gunakan kunyit hidup sebagai masker. Jangan salah sangka, saya bukannya nak jual produk kecantikan yer. Hanya nak kongsi petua yang dah lama saya amalkan. Kalau anak-anak balik dari asrama memang saya paksa pakai kat muka.

Sesuai utk merawat kulit BERJERAWAT dan JERAGAT. Bintik-bintik hitam dekat hidung pun confirm hilang. Selamat mencuba ! Guna bahan-bahan dapur saja.

http://girlterest.com/

BAHAN-BAHAN

Segenggam beras (rendam 2 jam)
1 inci kunyit hidup
1 sudu jus lemon atau limau kasturi
1/2 cawan air
2 biji sengkuang cina (untuk lembab dan sejukkan kulit) * tak ada pun takpe
1. Semua bahan-bahan blend sampai halus.
2. Tuang dalam bekas bertutup selama 1 jam.
3. Buang air di lapisan atas, ambik mendapannya sahaja.
4. Sapu di muka sambil gosok-gosok seluruh muka kecuali bahagian mata. Biarkan sekejap lebih kurang 10 minit.

– simpan dlm peti sejuk. Buat 2 kali seminggu

* Lepas dah pakai mask kunyit ni dua kali seminggu, muka anda akan makin cantik dan berseri- serilah macam Aishwarya Rai!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 24 May 2018

Patutlah Nampak Cantik Dan Berseri, Ini Rupanya Rahsia Awet Muda YB Nurul Izzah

Sangat simple, petua YB Nurul Izzah untuk kekal awet muda.

Featured Thu, 7 May 2020
Featured Wed, 24 Jul 2019
Oh Lawa Tue, 13 Aug 2019

Sebut kemenyan pun sudah seram, apatah lagi sapu di muka, agak-agak berani tak?

Pati kemenyan mempunyai ciri-ciri antiseptik, berupaya membaiki kulit wajah.

Featured Mon, 6 Apr 2020
Featured Fri, 19 Oct 2018

Ini Cara Nak Atasi Kulit Yang Kemerahan Selepas Membuat Rawatan Facial

Kemerahan pada wajah berlaku disebabkan kulit yang mudah sensitif.

Oh Lawa Fri, 23 Mar 2018

Trend Kecantikan Terbaru Korea Membuatkan Kulit Nampak Macam Kaca! Wow Berkilat

Orang Korea memang genius dalam bab-bab kecantikan. Sesetengah teknologi mereka jauh lebih advance dari negara-negara lain.

Featured Wed, 26 Sep 2018
Featured Tue, 5 May 2020