Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida August 17, 2018 @ 11:39am

Pemandu Bas RapidKL Dalam Keadaan Separuh Sedar

Pemandu bas RapidKL yang dikenali sebagai Md Khairol Anuar Muhamad yang merempuh enam buah kenderaan di Jalan Ampang malam tadi kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.

Pemuda berusia 32 tahun itu yang cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada pihak Polis dilaporkan cedera di bahagian kepala dan berada dalam keadaan separa sedar susulan kejadian itu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya memaklumkan kemalangan berlaku lebih kurang pukul 8.30 malam dan bas tersebut telah merempuh lima buah kereta berhampiran Ampang Point.

“ Ujian saringan awal air kencing oleh Hospital Ampang terhadap pemandu bas terbabit akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa,” katanya.

Pemandu dilaporkan memandu bas dalam keadaan berbahaya dan laju seterusnya melanggar sebuah kereta Toyota Vios sebelum melanggar sebuah lagi kenderaan jenis Toyota Innova.

Ia kemudiannya terus bergerak menghala ke susur Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan melanggar kereta Perodua Alza yang menyebabkan kereta tersebut melambung dan masuk ke dalam parit di kiri jalan.

Bas itu terus bergerak dan melanggar kereta Perodua Myvi sebelum melanggar sebuah kereta Proton Saga.

Difahamkan, seramai empat individu cedera selepas tujuh kereta dilanggar bas Rapid KL yang dalam perjalanan dari Kampung Keramat menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), malam tadi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2023

Pembunuh Along Spoon Terlepas Hukuman Penjara Sepanjang Hayat

Perkembangan terkini kes pembunuhan Along Spoon sekitar tahun 1999

Hiburan Sat, 31 Jan 2026

Tahniah! Shuib, Watie Bakal Terima Kehadiran Anak Perempuan

Tahniah, Shuib dan Watie bakal dapat baby girl!

Featured Fri, 16 Apr 2021
Featured Fri, 13 Feb 2026

Watak Paling Dibenci Kini Jadi Sebutan! Ustaz Irfan ‘Angkat’ Nama Firdaus Karim

watak Ustaz Irfan dalam drama Doa Yang Terlindung semakin mencuri perhatian dan menjadi antara karakter paling hangat diperdebatkan penonton.

Hiburan Thu, 8 Aug 2024
Hiburan Tue, 26 Nov 2024
Featured Wed, 15 Mar 2023
error: Content is protected !!