Euforia Bola 2026
Acara By: Padin May 12, 2022 @ 5:41pm

Quinton Group Pupuk Semangat Profesional Tempatan Dalam Industri Hiburan

Quinton Group yang diasaskan syarikat Lomo Pictures Sdn Bhd yang juga merupakan milik penerbit terkenal, Aron Koh dengan kerjasama “Penulis Skrip Jutaan” merangkap pengarah, Ryon Lee ditubuhkan bagi memupuk bakat profesional tempatan dalam industri hiburan, lakonan dan penerbitan filem, menyediakan drama bersiri tempatan, pelbagai rancangan, seni persembahan, media baharu dan semua rangkaian industri berkaitan media serta sumber perkakasan dan perisian.

Mereka juga menubuhkan Pusat Seni Kreatif Skycac, yang menawarkan pelbagai pilihan akademik kepada pelajar yang berminat dalam filem dan industri seni persembahan dan untuk memupuk penerbitan filem dan persembahan seni yang cemerlang, berbakat dalam membantu perkembangan industri pada masa hadapan.

Aron Koh telah lama berkecimpung dalam industri perfileman Malaysia selama bertahun-tahun dan kejayaan dalam menghasilkan banyak filem tempatan yang berkualiti dan juga mengintegrasikan syarikat penerbitan filem tempatan dan luar negara sekaligus membantu meningkatkan pasaran filem tempatan, Hong Kong dan Taiwan.

Sementara itu, “Penulis Skrip Jutaan”, Ryon Lee juga telah bekerjasama dengan Aron dalam beberapa filem termasuk “Show Me Your Love”, “Hounted Hotel”, “Walk With Me”, “House Of Happiness”, “Smalltown Heroes” dan sebagainya, berjaya menempatkan diri dalam dunia perfileman setelah ,memiliki reputasi dan kejayaan “box office” dalam industri Filem Malaysia.

Kali ini, kedua-dua mereka menjalinkerjasama dengan Quinton Group untuk menubuhkan Quinton Akademi sebagai tempat lahirnya bakat filem dan seni. Ia demi menyediakan pelbagai bidang akademik pilihan kepada pelajar yang berminat dalam industri perfileman dan seni persembahan dengan penekanan teori dan amalan filem melalui kursus, membantu pelajar untuk menemui kerjaya perfileman mereka sekaligus membawa industry perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.

Menjemput Profesional Dalam dan Luar Negara untuk Mengajar Sijil Profesional Akademi Quinton telah menubuhkan 10 sijil profesional baharu termasuk Sinematografi, Pengeluaran Bunyi, Teater dan Lakonan, Teater Muzikal, Penulisan Kreatif, Pengarah Kandungan, Persembahan Muzik, Koreografi Stunt, Pengurusan Produksi, dan Penjenamaan KOL dan Siaran Langsung, memupuk bakat dengan semua aspek untuk menjadi profesional dalam industri perfileman.

“Sebagai penerbit berpengalaman di Malaysia, saya selalu fikir “bakat” adalah elemen terpenting dalam industri. Terdapat ramai bakat di Malaysia tetapi kekurangan peluang dan platform untuk mempamerkan kemahiran mereka. Oleh itu, tujuan utama kami untuk membuka Quinton Academy adalah untuk menemui lebih ramai bakat yang bersemangat dalam industri perfileman dan memberi mereka latihan dan bantuan untuk membantu meningkatkan industri terutamanya dalam Malaysia,” kata Aron.

Tambahan pula, Quinton Academy terdiri daripada ramai pensyarah profesional dan berkelayakan. Ketika ini, akademi itu terdiri daripada pelbagai pengarah tempatan, penulis skrip, pelakon dan lebih ramai lagi profesional tempatan.

Pada masa akan datang, mereka akan bekerjasama Kolej Universiti Lincoln, Akademi Broadway dan Akademi Filem New York manakala menjemput pelbagai bakat professional dan profesor dari Itali, Australia dan lain-lain negara sebagai pensyarah untuk bekerjasama dan memenuhi visi akademi untuk memupuk lebih banyak lagi bakat dalam seni perfileman dan industri produksi.

Aron juga menekankan bahawa industri seni perfileman memerlukan lebih ramai bakat kompaun dalam hal ini era. Selain daripada pengajaran kursus profesional tradisional, akademi juga menyediakan media baharu dan pengajaran yang melibatkan pengaruh untuk menggalakkan kepelbagaian kemahiran seni perfileman dalam kalangan pelajar dan juga akan mewujudkan kursus Diploma dan Ijazah Lanjutan dalam masa depan terdekat.

Dalam pada itu, Quinton Academy turut menubuhkan Skycac (Pusat Seni Kreatif) sebagai pusat persembahan, penerbitan filem, platform filem dan budaya serta pelbagai guna pusat seni kreatif. Ia akan menyediakan pelbagai persembahan secara bulanan termasuk persembahan muzik, rancangan broadway, koir dan sebagainya, menyerlahkan bakat tempatan melalui persembahan seni.

Penubuhan pusat seni itu bukan sahaja untuk mencari bakat tempatan, tetapi juga untuk membantu mereka mengejar impian mereka serta menyokong dan mempromosikan kumpulan seni tempatan untuk bersinar di platform filem Antarabangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 14 Mar 2019

Demi keluarga, Noryn Aziz jual tudung

Anak lelaki dan keluarga cetus semangat buat dirinya.

Acara Mon, 4 Mar 2019
Acara Thu, 6 Sep 2018

Bahang Perang Poster ABPBH 31 Semakin Panas!

Kuasa Undi Kini Di Tangan Anda!

Acara Fri, 12 May 2023

ABPBH Ke-35 Kembali! Kekalkan Legasi Seni Dengan Iktiraf Bakat Muda

Wah banyak kategori baru untuk ABPBH-35! Jangan lupa undi bintang kegemaran korang sebelum 11 Jun depan 🤩

Acara Fri, 13 Sep 2019

Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2019 Triumph mengujakan!

Lebih anggun dan bergaya dengan Triumph!

Acara Tue, 5 May 2026

Perkongsian Pakar, Aktiviti Keluarga Warnai ‘Parent-Preneurs: The Power Duo’, Aisha Retno Turut Meriahkan Acara!

Parent-preneurs: The Power Duo membuka ruang untuk ibu bapa berkongsi pengalaman dan membina sokongan komuniti dalam kehidupan seharian.

Acara Fri, 4 Mar 2022

Yayasan Maghfirah Sasar RM5 Juta Bantu Mereka Terkesan Covid-19

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Maghfirah tampil membantu dalam mengagihkan sumbangan kepada golongan sasaran yang terkesan akibat pandemik menerusi kempen Raikan Ramadan. Kadar kemiskinan di negara ini menunjukkan angka peningkatan akibat ramai kalangan rakyat mengalami kehilangan […]

error: Content is protected !!