Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom June 27, 2018 @ 6:00pm

Rahsia Di Sebalik Rahsia, 10 Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Filem Pulang

Bagaimana skrip dan pengstrukturan filem Pulang dibina, segalanya bermula dari sebuah rahsia yang simpan rapi oleh seorang lelaki bernama Omar juga bapa kepada Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Ahmad Izham Omar, individu yang bertanggungjawab mengembangkan idea itu ke layar lebar.

Memilih pasangan sutradara suami-isteri, Kabir Bhatia selaku pengarah dan Mira Mustaffa (penulis skrip), Pulang adalah sebuah karya inspirasi daripada kisah benar seorang kelasi kapal negara ini yang ketika itu berpangkalan di Melaka.

Othman telah membuat keputusan untuk berlayar ke seluruh dunia dengan harapan dapat menjadi kaya, dan berjanji kepada isterinya yang dia akan pulang. 61 tahun kemudian, Tom masih menunggu kepulangannya.

Membaca sinopsisnya saja sudah bisa meruntun jiwa, apalagi  saat membayangkan kesetiaan seorang isteri menantikan kepulangan si suami yang dicintai penuh setia selama 61 tahun.

Tidak hanya kisah kesetiaan cukup menguji cinta Othman dan Tom, filem yang berlatarbelakangkan era 1940-an hingga tahun 2010, itu turut memaparkan banyak plot menarik misalnya era penjajahan Jepun dan perdagangan di negari Melaka.

Ini apa yang kita tahu dan apa yang dapat dilihat dengan mata kasar bagi mereka yang bertuah dapat menonton penuh filem Pulang. Namun ada beberapa informasi yang masih ramai tidak tahu mengenainya.

Ingin tahu apakah rahsia di sebalik rahsia Pulang, Hijab & Heels senaraikan 10 perkara yang mungkin anda tidak tahu.

1. Ahmad watak yang dimainkan Erwin Dawson adalah watak Datuk Ahmad Izham Omar sendiri yang diminta oleh Allahyarham neneknya Che Tom untuk mencari datuknya, Allahyarham Othman.

2. Pelakon Azrel Ismail yang memegang watak Omar telah bertemu sendiri dengan uncle Omar (anak kepada Othman), untuk mendengar sendiri pengalaman dan keadaan uncle Omar ketika mencari bapanya di Liverpool. Bagaimana mereka bertemu dan karakter Allahyarham Othman sendiri. Menurut Azrel, uncle Omar menyifatkan bapanya seorang yang tidak banyak bercakap.

3. Uncle Omar turut menceritakan kepada Azrel, bahawa Allahyarham bapanya (Othman) pernah pulang ke Malaysia untuk bertemu dirinya dan ibunya, Che Tom, tetapi, selepas mendapat perkhabaran kononnya Che Tom sudah berkahwin, Othman seakan patah hati kemudian membawa diri ke England dan tidak pulang-pulang lagi selepas itu.

4. Che Tom seorang isteri yang sangat setia dan difahamkan tidak berkahwin lain sehingga menghembuskan nafas terakhir. Dia memegang janji suaminya hingga ke mati.

5. Persamaan watak Che Tom dan Puteri Aishah, di luar dan di dalam filem adalah sama-sama takut dengan air dalam.

4. Teknik CGI yang digunakan untuk babak Azrel di Liverpool, England membayangkan suasana musim sejuk sesuai dengan kostum baju sejuk yang dipakai pelakon itu. Hakikatnya, berkotak tisu digunakan Azrel untuk lap peluhnya gara-gara cuaca panas membahang di dalam studio green screen.

7. Pelakon Remy Ishak terperangkap dan mengambil masa untuk ‘move on’ daripada watak Omar selain dilanda sindrom ‘carried away’ selepas tamat penggambaran di mana dia merinduikan kedamaian laut dan karakter Omar itu sendiri.

8. Pada mulanya pihak penerbit Primeworks Studios, ingin mendapatkan kepakaran syarikat Rhythm & Hues yang pernah menghasilkan CGI untuk filem Oscar, Life of Pi, untuk menghasilkan kesan visual di dalam filem Pulang. Namun disebabkan syarikat itu mengalami masalah dalaman, proses pelaksanaan CGI filem Pulang diserahkan kepada syarikat lain termasuk di Vietnam.

9. Lebih kurang 30 minit babak penting yang melatari jalan cerita terpaksa dipotong kerana over run. Durasi asal filem adalah 3 jam dan dipendekkan kepada 2 jam 30 minit.

10. Dalam satu babak, Remy Ishak hampir lemas demi mendapat syot yang terbaik di dalam air.

Foto: Facebook Pulang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Mar 2020
Featured Wed, 10 Sep 2025

Tumpang Bahagia Di Hari Pernikahan Amira Othman & Fattah Amin, Uyaina Arshad Pesan Netizen Jaga Lisan

Uyaina mohon netizen jaga lisan dan doakan yang terbaik buat Amira, Fattah.

Featured Wed, 24 Nov 2021

Jaga-Jaga! Ops Sedar JPJ Untuk Pemantauan Insurans Kenderaan Bermula Hari Ini.

Bermula 24 November (Rabu), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bagi memantau penggunaan insurans perlindungan kenderaan bermotor. Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan Sekatan Jalan Raya (SJR) ini dibuat berdasarkan pemerhatian yang […]

Events Thu, 24 Nov 2022

Strim MAMA Awards 2022 Secara Langsung Dengan Percuma!

Satu berita gembira buat ‘fanatik’ K-Pop kerana bertarikh 29 November 2022 dan 30 November 2022 akan diadakan ‘Anugerah K-pop No. 1 Dunia’ iaitu MAMA Awards 2022. Lebih menarik, penonton dapat melihat anugerah itu secara langsung […]

Featured Tue, 23 May 2023

Pilih Bidang Seni Untuk Ekspresi Diri, Arena Wan Hidap Penyakit DLD – “Saya Kena Baca Sepuluh Kali…”

Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing, fly high Arena!

Events Tue, 2 Aug 2022

Ambil Cabaran Naikkan ‘Rating’ Hot FM, Johan Jawab Spekulasi Dapat Bayaran RM500,000 Sebulan

Wow! Betul ke Johan dibayar RM500K sebulan? 😮 Apapun welcome to Hot FM Johan, confirm letopss gandingan trio ni kan 😍

Featured Thu, 8 Mar 2018

Dilantik Wanita Pertama Pegawai Memerintah Kapal, Aida Dedikasi Kejayaan Buat Ibu tercinta

Pencapaian kaum wanita pada hari ini dalam pelbagai bidang kerjaya memang tidak dapat lagi diragui malah ada yang berupaya menandingi kaum lelaki. Itu yang dibuktikan oleh Leftenan Maritim, Aida Arzahari yang mencatat sejarah apabila dilantik  menjadi wanita pertama negara sebagai Pegawai Memerintah Kapal.

error: Content is protected !!