Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie November 29, 2023 @ 10:50am

Segelintir Netizen Dakwa Tak Layak Pegang Watak Keluang Man… Rupanya Nas-T Lalui Proses Uji Bakat, Dipilih Daripada 300 Calon

Pelakon Nas-T meluahkan rasa bangga apabila diumumkan sebagai teraju utama siri animasi popular, Keluang Man yang bakal muncul dalam versi filem tahun 2025 kelak.

Dalam pada kegembiraan itu, tidak dinafikan pemilihannya sebagai watak Keluang Man dipertikaikan oleh beberapa pihak.


Segelintir netizen mempersoalkan fizikal pemilik nama sebenar Nas Muammar Zar itu yang tegap dan agak rendah sedangkan tubuh badan Keluang Man dalam versi animasi lebih tinggi dan kurus.

Dalam pada itu, perwatakannya turut tidak dirasakan tidak seiring dengan pembawaan watak Keluang Man.

Menurut siri animasi asal, Keluang Man digambarkan sebagai watak yang kelakar, bersahaja dan mudah terhibur.

Sebaliknya, dakwa netizen, pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa itu tidak sesuai memegang watak tersebut gara-gara karakternya yang serius dan memiliki riak wajah yang kelihatan ‘sombong’.

Sukar memenuhi kehendak netizen, kelayakan Nas-T bagaimanapun disaring menerusi beberapa siri uji bakat bagi mendapatkan sosok yang menepati kriteria-kriteria produksi.

Menurut pengarah filem Keluang Man, Anwari Ashraf, Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.

Nas-T tidak menyangka akan terpilih kerana ramai pelakon hebat menyertai uji bakat pencarian hero animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an itu.

Dia yang sebelum ini menyifatkan dirinya ‘kerdil’ dalam industri seni tanah air bagaimanapun bersyukur serta meluahkan keterujaan untuk menjayakan watak tersebut dengan cemerlang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 8 Jun 2024

Penulis Tak Guna Nama Kak KM Lariskan Buku

Penulis buku jemput Kak KM atas dasar persahabatan.

Featured Tue, 11 Oct 2022
Trending Mon, 9 Jul 2018

Panas! Syed Saddiq Jawab Isu Setiausaha Akhbar KBS

Laman web rasmi KBS mungkin disabotaj pihak tidak bertanggungjawab. Saya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali, untuk tindakan susulan.

Trending Sat, 13 Feb 2021

Kongsi Foto Ala Pre-Wedding, Uqasha Senrose Bakal Nikah Tak Lama Lagi?

Perkongsian terbaru pelakon Uqasha Senrose menerusi hantaran terbaru di laman Instagram miliknya mendapat perhatian ramai. Uqasha memuat naik foto dirinya menyarungkan busana pengantin serba putih yang kelihatan klasik, mewah dan evergreen rekaan pereka fesyen terkenal, […]

Hiburan Mon, 8 Sep 2025
Hiburan Sat, 13 Sep 2025
Featured Thu, 1 Dec 2022
error: Content is protected !!