Categories: Sihat

3 mitos mengenai meroyan yang anda patut tahu

Wanita yang baru sahaja melahirkan anak berisiko tinggi mengalami kemurungan sehingga keadaan menjadi serius  yang dikatakan dalam masyarakat kita meroyan.

Masyarakat di negara ini menganggap masalah itu sebagai tanda bahawa wanita yang mengalaminya berada dalam keadaan yang lemah, dan kebanyakannya diminta untuk melawan simptom yang dialami.

Hakikatnya, meroyan ialah masalah kemurungan yang serius dialami kebanyakan wanita selepas melahirkan anak dan dikatakan boleh berlarutan sehingga ke akhir hayat jika tidak dirawat.

Kemurungan klinikal yang menjejaskan wanita selepas melahirkan anak ini adakalanya bersifat sementara terutama jika wanita berkenaan mendapat sokongan dan bantuan keluarga, namun bagi wanita yang sendirian menghadapinya boleh memudaratkan termasuk mampu mencederakan diri sendiri dan anak yang baru dilahirkan.

Banyak kekeliruan apabila memperkatakan mengenai meroyan, selain pelbagai mitos dikaitkan dengan masalah terbabit. 

 Berikut adalah lima mitos lazim mengenai meroyan dan kaedah untuk memperbetulkan persepsi masyarakat mengenainya.

abc.net

Mitos 1: Wanita yang mengalami kemurungan selepas bersalin kerap sedih dan selalu menangis

Fakta: Menurut Pengarah Program Psikologi Pranatal di Pusat bagi Gangguan Perasaan Wanita UNC di Carolina Utara, Samantha Meltzer-Brody, wanita yang mengalami kemurungan selepas bersalin kebiasaannya akan mengalami keresahan dan kerisauan yang melampau, perasaan serabut dan rasa bersalah kerana tidak menikmati pengalaman menjadi ibu.

Bagaimanapun, ia sebenarnya berbeza bagi setiap wanita kerana masalah yang dihadapi bergantung pada cara mereka menghadapi tekanan itu dan bagaimana ia mempengaruhi keadaan psikologi mereka.

Ada yang boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan membuat kerja rumah dan menjaga keperluan bayi, tetapi ada juga yang akan menangis dan berasa sedih sepanjang masa.

Mitos 2: Meroyan terjadi selepas bersalin

Fakta: Ramai yang menganggap ia akan dialami ibu yang baru sahaja bersalin tetapi sebenarnya ia boleh berlaku ketika tahun pertama melahirkan anak.

Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya perkara ini terjadi kepada anda!

Foto: Shutterstock

Mitos 3: Meroyan adalah salah ibu mengandung

Fakta: Sudahlah masih terasa kesakitan melahirkan anak, malah disalahkan pula apabila menghidapi tekanan dan kemurungan yang melampau.

Sudah tentu ia akan memberi kesan kepada kesihatan mental!

Sebenarnya, didera secara fizikal dan emosi juga akan membawa kepada penyakit ini.

Oleh itu, suami haruslah bertimbang rasa dengan menghargai pengorbanan yang dilakukan isteri dan menjaga mereka dengan baik.

Jika tidak tahu menjaga isteri, gunakanlah khidmat berpantang yang ditawarkan beberapa pihak seperti spa dan individu persendirian.

Membina keluarga yang sakinah memerlukan kerjasama antara suami dan isteri. Bukan sebelah pihak saja ya!

Sumber: Psychcentral

tex_admin