Categories: Sihat

3 Teknik Senaman Yoga Mudah Untuk Wanita Mengandung, Tak Perlu Ke Gym!

Bila mengandung pun anda mesti bersenam, ya!

Jika anda tak mahu lakukan aktiviti yang lasak atau ganas di gym, anda boleh cuba lakukan senaman yoga. Di rumah pun boleh buat!

Yoga memang dikenali sebagai senaman yang lembut dan merehatkan, jadi anda tak perlu risau jika anda akan berasa terlalu penat nanti.

Tapi ingat! Senaman yoga hanya ideal untuk wanita mengandung selepas trimester keduanya.

Jom belajar teknik-teknik yang ditunjukkan di dalam video di bawah ini. Simple saja, jadi ia memang sesuai untuk wanita yang mengandung.

Ia bertujuan untuk mewujudkan lebih banyak ruang di dalam badan anda untuk diri anda sendiri serta bayi di dalam kandungan. Barulah selesa.

Sebelum mula, anda perlukan sebuah blok yang anda boleh duduk di atasnya untuk melakukan teknik-teknik ini.

Supaya senaman ini menjadi, perkara paling penting anda kena ingat ialah pernafasan. Ketika melakukan poses yang ditunjukkan, pastikan peraliran udara ke dalam dan ke luar badan anda adalah lancar.

Sumber: Glamrs

Ad Ops