Sihat By: tex_admin December 3, 2018 @ 1:00pm

Doktor Ini Kongsi 10 Tip Penjagaan Luka Berkhatan

Cuti persekolahan hujung tahun antara waktu yang menjadi pilihan buat para ibu bapa untuk menghantar anak mereka berkhatan. Ini kerana,penyembuhan luka berkhatan memerlukan tempoh yang lama antara 10 hingga 14 hari.

Jadi, di kesempatan ini penulis nak kongsikan tip penjagaan selepas berkhatan yang perlu ibu bapa tahu agar anak mereka tidak mengalami bentan atau bernanah serta luka cepat sembuh. Jom semak!

1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:

  • Jangkitan atau nanah
  • Bengkak atau bentan
  • Jahitan terbuka
  • Keruping melekat pada balutan

2. Luka berkhatan perlu dicuci 2 hingga 3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:

  • Bersihkan daki atau darah beku sekitar luka.
  • Cuci luka dengan normal saline.
  • Periksa jika ada jahitan dan tanda jangkitan.
  • Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda tersebut.

3. Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan seperti:

  • Ubat tahan sakit (diambil bila perlu).
  • Antibiotik (perlu diambil ikut jadual).
  • Ubat cucian (lazimnya normal saline).
  • Elak sapu minyak atau herba pada luka.

4. Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian (seluar atau kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.

Foto: SirapLimau

5. Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.

6. Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangat ya!

7. Pastikan minum air putih secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.

8. Jaga pengambilan makanan. Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh juga makan ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.

9. Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Sila berjumpa doktor jika ada tanda-tanda seperti berikut:

  • Sakit atau bengkak melampau.
  • Nanah yang banyak.
  • Demam panas yang tinggi.
  • Tak boleh kencing.

10. Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan. 

  • Jahitan konvensional –  tak perlu dibuka.
  • Klamp – perlu jumpa doktor untuk dibuka.
  • Gam – tak perlu jumpa doktor semula.

Apa pun pantau anak anda sehingga mereka betul-betul sembuh ya!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 4 Jul 2018

Hidung Berdarah Secara Tiba-Tiba. Ketahui Puncanya

Udara terlampau sejuk atau kering, boleh menyebabkan saluran kapilari pecah lalu menyebabkan pendarahan hidung.

Featured Tue, 4 Feb 2020
Featured Mon, 11 May 2020

Keracunan makanan, sakitnya lebih teruk daripada bersalin!

Ketahui beza keracunan makanan, cirit-birit

Featured Wed, 25 Mar 2020

Seramai 73 anggota kesihatan KKM positif COVID-19

Bantu mereka dengan duduk di rumah

Featured Mon, 9 Dec 2019

SUU Balm, produk pelembap kulit bebas SLS dan SLES

Ramai melihat perubahan selepas menggunakannya.

Sihat Wed, 19 Jun 2019

Kenal pasti 9 tanda peranakan wanita jatuh dan bermasalah

Masalah ini bukan saja dialami wanita bersalin tetapi juga anak dara!

Featured Thu, 29 Nov 2018

Lambat Datang Haid? Ini Sebab Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Salah satu sebabnya adalah kerana terlalu aktif bersenam.

Sihat Wed, 2 Jan 2019

9 Azam Tahun Baru Tentang Kesihatan Yang Para Doktor Ingin Anda Buat

Inilah panduan terperinci untuk anda yang nak sihat.

Featured Fri, 15 Jun 2018