Categories: Sihat

Ketahui 6 Khasiat Barli Yang Bagus Untuk Kesihatan Anda

Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie merupakan bijirin yang mempunyai sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Biasanya, barli ini kita akan rebus dan campur dengan sedikit gula lalu diminum. Rasanya memang sedap!

Bukan itu sahaja, barli juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita. Penulis senaraikan antara khasiat barli yang bermanfaat dalam kesihatan anda.

Foto: Firtscry Parenting

1. Rendahkan kolestrol dalam darah

Menurut kajian di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat menyatakan bahawa serat daripada barli sangat efektif dalam merendahkan kolestrol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

2. Tingkatkan glukosa dan lemak dalam darah

Barli mempunyai tahap beta-glucan yang tinggi dan ia dikatakan bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah dalam kalangan pesakit diabetes tahap 2.

3. Kurangkan risiko penyakit barah dan jantung

Kalau anda nak tahu, barli juga mengandungi kandungan tokotrienol dan tokoferol yang tinggi. Ia merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi yang membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

4. Rawat luka ringan

Bijiran barli bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli (rebusan air barli). Selain itu, biji barli boleh digunakan sebagai ramuan untuk menampal luka termasuk luka akibat terbakar.

5. Menurunkan berat badan

Bijiran barli juga boleh membantu dalam menurunkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Jadi, anda boleh amalkan minum air barli setiap hari kalau nak kurus!

6. Bantu sistem penghadaman

Khasiat barli juga baik untuk melawaskan pembuangan air kecil dan meningkatkan kesihatan buah pinggang serta membantu untuk sistem penghadaman.

Kesimpulannya, selepas ini bolehlah anda jadikan barli ini sebagai minuman dan makanan anda setiap hari. Cuma penulis nak pesan, kalau buat barli sebagai minuman, jangan terlalu manis ya, takut nanti lebihan gula pula dalam badan. Semoga bermanfaat!

Sumber: Mingguan Wanita

tex_admin