Categories: TECH

Aplikasi BabyCam Bantu Pantau Bayi Yang Sedang Tidur

Sebagai seorang ibu, tugas di rumah tidak pernahnya sudah. Lagi-lagi kalau ada bayi kecil pastinya tidak menang tangan untuk menyiapkan kerja-kerja rumah.

Pasti sekejap-sekejap keluar mengintai untuk lihat si kecil menangis atau terjatuh kerana takut ditinggalkan sendirian bukan ? Apa kata cuba guna aplikasi BabyCam yang tersedia dimuat turun secara percuma dari Google PlayStore.

Cara penggunaannya sangat mudah tetapi anda memerlukan telefon pintar kedua untuk dijadikan “CCTV”.

  • Muat turun dan pasang BabyCam pada kedua-dua peranti anda
  • Tetapkan sebuah telefon pintar sebagai “Camera” dan sebuah lagi yang dibawa bersama anda sebagai “Viewer”.
  • Pastikan kedua-dua peranti mempunyai sambungan internet (WiFi/data).
  • Paparan pada peranti “Camera” akan menunjukkan nombor kod, masukkan nombor tersebut pada peranti “Viewer” untuk menyambungkan kedua-duanya.
  • Setelah bersambung, anda boleh letakkan “Camera” berhampiran dengan bayi.

“Viewer” akan menunjukkan baki kuasa bateri pada “Camera”, tetapi anda boleh sambungkan terus peranti itu kepada pengecas untuk mengelak dari kehabisan kuasa (letak jauh sedikit dari bayi).

Aplikasi ini turut mampu mengesan bunyi dan sekiranya anak anda menangis, tangisan akan kedengaran pada peranti satu lagi.

Terdapat juga sokongan mikrofon, jadi anda boleh bercakap dengan anak sementara anda menuju untuk mendapatkannya.

Aplikasi ini mungkin boleh mengurangkan sedikit keresahan anda, tetapi adalah tanggungjawab sepenuhnya terletak kepada anda untuk memastikan suasana selamat disekeliling anak sebelum meninggalkannya bersendirian.

Sumber: wiser.my , todayparents

SGMS Enal