Categories: TECHTech News

Apple iOS 12.3.1 sedia untuk dikemaskini

Apple telah pun melepaskan kemas kini update terbaru iOS 12.3.1 bagi peranti iOS. Kemas kini tersebut adalah bagi membaiki  isu yang mungkin boleh menghalang pengguna daripada membuat  atau menerima panggilan VoLTE (voice over LTE).

Ia juga bagi membetulkan isu aplikasi ‘Messages’ yang mungkin boleh menyebabkan mesej dari pihak yang tidak dikenali muncul dalam senarai sembang, walaupun ciri ‘Filter Unknown Senders’ telah diaktifkan.

Serta kemas kini ini turut bagi membetulkan isu yang mungkin menghalang pautan ‘Report Junk’ daripada muncul menerusi bebenang dari penghantar yang tidak dikenali di dalam aplikasi ‘Messages’.

Kemas kini terbaru ini boleh terus dimuat turun dari peranti iPhone 5s dan terbaru, iPad Air dan terbaru serta iPod touch gen 6 sahaja menerusi Settings > General > Software Update.

SGMS Enal