Umum sudah mengetahui mengenai perihal banjir yang melanda utara tanah air sejak dari minggu lepas yang telah mengakibatkan kerosakan harta benda dan juga mengorbankan nyawa. Bagi mengurangkan beban yang ditanggung mangsa, Samsung Malaysia tampil dengan servis baik pulih secara percuma kepada pelanggan mereka yang terkesan di Kedah dan juga Pulau Pinang.
Ia melibatkan semua perkakasan elektronik serta peranti mudah alih berjenama Samsung dan akan berjalan dari 8 November sehingga 31 Disember 2017. Bagi baik pulih barangan elektrik Samsung yang bersaiz besar dan sukar dibawa (peti sejuk, mesin basuh), pelanggan haruslah menghubungi pusat servis Samsung yang berhampiran dan juruteknik akan hadir untuk memeriksa.
Barangan yang mudah dibawa seperti telefon pintar, ketuhar gelombang mikro, bolehlah dibawa terus ke pusat servis Samsung di Kedah dan Pulau Pinang. Bagi mangsa-mangsa yang mahu keterangan lanjut mengenai tawaran baik pulih percuma ini bolehlah menghubungi pusat servis Samsung yang berhampiran atau membuat panggilan di
Servis baik pulih percuma hanya terbuka kepada kawasan-kawasan dibawah:
Sumber: Samsung Malaysia via Lowyat.net /wiser.my
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..