Boleh tonton TV, Youtube Bakal Tergugat Dengan Instagram?

Instagram mengumumkan akan menawarkan ciri baharu di mana anda boleh memuatnaik video berdurasi satu jam! Kalau dulu hanya seminit, sekarang boleh layan lagi lama.

Wah, nampaknya Instagram bakal menyaingi aplikasi YouTube tak lama lagi!

Bukan itu saja, Instagram juga bakal melancarkan IGTV yang mana anda boleh mengakses menerusi paparan utama aplikasi Instagram sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Kevin Systrom berkata, sudah tiba masanya untuk video bergerak maju ke hadapan.

“IGTV umpama televisyen. Video akan dimainkan secara automatik apabila anda membuka aplikasi berkenaan, selain setiap rakan atau profil yang anda ikuti adalah seumpama saluran televisyen.

“Ia direka untuk memudahkan pencarian dan tontonan kandungan video di telefon bimbit. Kebanyakan aplikasi memerlukan anda membuat pencarian dalam direktori, tetapi tidak untuk televisyen, di mana anda boleh terus menonton sebaik menghidupkannya.

“Video akan terus dimainkan apabila anda membuka aplikasi berkenaan,” katanya.

IGTV boleh dimuat turun di Apple Store untuk peranti iOS dan Google PlayStore untuk peranti Android.

Lebih menarik, anda boleh menonton video selebriti di Instagram dalam bentu menegak. Best kan?

SGMS Faida