Categories: TECH

Cara Membuat Potongan (Split Scene) Pada Babak Video Dengan VLC

Aplikasi VLC Media Player sememangnya terkena dengan kemampuannya memainkan pelbagai jenis format video. Apa yang kurang diketahui oleh pengguna diluar sana ialah kemampuannya untuk menyunting video yang boleh dikatakan setaraf dengan perisian profesional yang lain.

Berikut kami kongiskan tutorial untuk anda membuat pemotongan babak – babak pada video (Split Scene) dengan mudah dan pantas menggunakan perisian VLC pada PC. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah – langkah berikut.

Pertama sekali buka aplikasi VLC dan pilih Open File untuk memainkan video yang ingin anda pecahkan.

 

Seterusnya pilih View >Advanced Controls. Maka menu tambahan akan muncul pada bahagian bawah aplikasi.

 

Kemudian pilih menu Tools > Preference

 

Pilih menu Input Codec dan tetapkan lokasi untuk anda simpan fail yang sudah siap di potong pada bahagian Record Directory or Filename

 

Untuk memulakan proses pemecahan babak video yang anda berkenan, klik pada tombol Play dan tekan tombol record untuk merakam babak yang anda inginkan. Setelah selesai merakam klik pada tombo record sekali lagi untuk berhenti merakam.

Maka fail yang sudah siap dirakam akan di simpan pada lokasi yang anda tetapkan tadi. Selesai.

sumber : wiser.my

SGMS Putri