TECH By: SGMS Enal October 8, 2019 @ 12:45pm

Cara Mengaktifkan Tema Gelap Di Windows 10 v1903

Sejak tahun lalu, tema gelap telah menjadi kegilaan bagi para pembangun perisian dan sistem operasi peranti. Bermula dengan sistem Linux yang lebih dulu  membolehkan penggunanya mengaktifkan tema gelap pada sistem operasi komputer pengguna mereka.

Kemudian Apple pula perkenalkan ciri tema gelap bermula dari sistem operasi macOS Mojave 10.14. Kemudian, tidak lama selepas itu,Microsoft turut perkenalkan ciri tema gelap pada Windows 10.

Tema gelap Windows 10 pertama kali diperkenalkan menerusi kemas kini yang dilepaskan dalam bulan September 2018 lalu.

Sejak dari itu, Microsoft telah membuat beberapa penambahbaikan terhadap tetapan ciri tema gelap Windows 10.

Jadi jika anda masih belum mencuba tema gelap Windows 10, berikut adalah panduan bagi anda mengaktifkannya.

  • Buka Windows Setting

  • Kemudian di Windows Setting, pilih Personalisations

  • Seterusnya di bahagian Personalisations anda pilih Colours
  • Di sini tema gelap boleh diaktifkan dengan memilih Dark pada kotak pilihan Choose your colour

  • Pilihan Custom pula memberikan anda lebih pilihan tetapan untuk tema gelap diaplikasikan.

Apabila tema gelap Windows 10 diaktifkan, aplikasi-aplikasi lain seperti Alarms & Clock, Calculator, Camera, Calendar, Mail, Maps, Messages, Microsoft Store dan lain-lain turut akan dipaparkan dalam tema gelap tersebut.

Selamat mencuba.

P.s: Tema gelap Windows yang ditunjukkan pada tips ini adalah versi Windows 10 1903

sumber: wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 30 Aug 2019

Engineered for the Future, Lenovo™ ThinkPad™ Laptops are Smarter and Better!

New ThinkPad X1 Carbon 7th Gen, joined by X1 Yoga™ 4th Gen, X390 and T490 get smarter via 10th Gen Intel® Core™ Processors

TECH Sun, 5 Aug 2018

10 Aplikasi VPN Untuk Android Yang Boleh Anda Cuba

Berikut adalah 10 aplikasi VPN yang boleh anda cuba untuk peranti android.

TECH Thu, 14 Dec 2017

Tips Mengesan lokasi Peranti Yang hilang Menggunakan SMS

Pasti ramai di antara kita yang pernah hilang telefon pintar mahupun peranti pintar yang lain. Tahukan anda bahawa kita boleh mengesan lokasi peranti yang hilang itu?

TECH Wed, 12 Dec 2018

Cara Untuk Jadikan Peranti Pintar Sebagai “Speaker” PC

Sebagai langkah alternatif untuk PC yang yang rosak atau tiada pembesar suara, berikut kami kongsikan cara untuk menjadikan peranti pintar Android sebagai sebuah pembesar suara bagi PC ataupun komputer riba.

TECH Sat, 4 May 2019

Cara hilangkan iklan “Pop-up” pada Chrome

Semoga bermanfaat perkongsian daripada kami.

TECH Fri, 23 Nov 2018
Automobile Wed, 21 Feb 2018

轮胎沟槽卡到小石头需要清理吗?

相信有开车的网友们,每次在路经碎石的路段后,时不时会出现小石头卡到轮胎沟槽内的现象,问题来了到底需要清理吗?会对行车安全造成影响吗?

TECH Fri, 6 Jul 2018

Nintendo Switch Retak Di Bawah Tekanan?

Peranti konsol dari Nintendo, Nintendo Switch merupakan satu kisah kejayaan bagi pembuat peranti dari Jepun itu kerana peranti tersebut berjaya mengembalikan reputasi mereka yang selama ini tenggelam dek kerana kebangkitan konsol permainan lain seperti Playstation dan X-Box. Dengan Switch, Nintendo […]

TECH Fri, 13 Jul 2018

Rakan Dagangan Google Mungkin Telah Dedahkan Nama Rasmi Android P Secara Tidak Sengaja

Google dijangka akan memperkenalkan sistem operasi Android terbaru mereka, Android P dalam masa terdekat. Ini kerana mereka telah pun mengeluarkan versi percubaan beta terakhir bagi sistem berkenaan awal bulan ini. Google mendakwa versi beta berkenaan adalah sangat […]

TECH Thu, 25 Jan 2018

4 Cara Virus Boleh Menjangkiti Sesebuah peranti

Virus dan Malware sememangnya sinonim kepada pengguna PC jenis Windows. Walaupun  kebanyakan daripadanya tidaklah merbahaya, namun kehadiranya sangat menjengkelkan pengguna.