Categories: TECHTech News

Cara Untuk Aktifkan Papan Kekunci Terapung Gboard

Mungkin ada dalam kalangan pengguna Gboard yang belum maklum, aplikasi papan kekunci dari Google itu sudah mempunyai ciri papan kekunci terapung.

Melalui ciri ini, pengguna bebas mengubah kedudukan dan saiz papan kekunci mengikut keperluan penggunaan masing-masing.

Ia boleh didapati pada Gboard versi 7.6 dan keatas. Bagi yang mahu menggunakan ciri itu, ikuti langkah mudah berikut untuk aktifkannya

  1. Pastikan Gboard adalah aplikasi papan kekunci default pada peranti anda
  2. Buka mana-mana aplikasi yang memerlukan Gboard, contohnya seperti buat carian di internet atau SMS.
  3. Tekan pada simbol “G” dibahagian kiri cadangan. Sekiranya papan kekunci tiada simbol “G”, pergi ke tetapan Gboard; Settings > Text Correction, dan pilih Show suggestion strip.
  4. Paparan akan menunjukkan beberapa ciri lain dan tekan pada simbol tiga titik.
  5. Setelah itu akan keluar beberapa tetapan pilihan. Pilih Floating.
  6. Ciri papan kekunci terapung sudah boleh digunakan. Bagi menggerakkanya, sentuh lama pada simbol dibawah dan seret kemana-mana kawasan yang anda mahukan. Untuk mengubah saiz, seret dari penjuru.

Itu sahaja perkongsian untuk mengaktifkan ciri papan kekunci terapung dari Gboard. Boleh kongsikan pada yang lain.

sumer: wiser.my

SGMS Putri