TECH By: Rosli Ab Rahman November 4, 2018 @ 12:06pm

Cara Untuk Uji Kelajuan Internet Yang Lebih Tepat

Rata-rata daripada kita sudah biasa menggunakan platform penguji kelajuan internet dan ia tersangatlah mudah untuk digunakan. Hanya lawati atau buka aplikasi penguji, tekan butang dan hasil kelajuan akan dipaparkan.

Walaubagaimanapun, tidak boleh dinafikan yang mana keputusan ujian-ujian yang dilakukan tidak begitu tepat, tetapi ia sekurang-kurangnya boleh memberi sedikit gambaran tentang kelajuan sambungan yang dilanggan.

Untuk itu, Consumer Forum Malaysia telah berkongsi beberapa langkah yang boleh diambil untuk mendapatkan keputusan ujian dengan lebih tepat.

1. Putuskan sambungan daripada perkhidmatan VPN jika anda menggunakannya.

2. Putuskan sambungan komputer ke WiFi.Gunakan sambungan berkabel.

3. Putuskan sambungan peranti lain yang menggunakan rangkaian internet yang sama. Biarkan satu peranti sahaja yang bersambung.

4. Sambung kabel Ethernet dari komputer ke port Ethernet di modem.

5. Cabut plug modem anda dan biarkan ia tidak berkuasa lebih kurang 60 saat.

6. Hidupkan semula modem dan pastikan komputer tidak membuka apa-apa program yang mengakses internet seperti YouTube dan dan Spotify.

7. Pergi ke laman web penguji kelajuan internet melalui pelayar web seperti seperti Speedtest.com atau Fast.com atau boleh pilih disini. Anda juga boleh gunakan platform penguji kelajuan internet yang disediakan oleh pengendali perkhidmatan seperti; Maxis, TM, TIME, yes, atau U Mobile

Jika anda menggunakan teleofon pintar sebagai peranti ketika ujian, langkah yang sama boleh digunakan kecuali penggunaan kabel ethernet.

Seeloknya juga sebelum memulakan ujian, lakukan restart kepada peranti yang terlibat dan disyorkan menggunakan platform penguji yang berasakan HTML 5 yang boleh dipilih disini.

Dengan ini keputusan ujian kelajuan boleh dilihat dan anda boleh membuat perbandingan dengan apa yang telah dijanjikan oleh pengendali rangkaian.

Diingatkan juga, perbezaan pada keputusan ujian bergantung kepada pelbagai faktor seperti jarak pelayan internet dan lain-lain lagi.

Anda mempunyai masalah internet atau telco  yang belum selesai walaupun sudah dilapor kepada pihak penyedia perkhidmatan? Anda boleh panjangkan ia ke CFM untuk nasihat dan tindakan yang selanjutnya.

  • Portal aduan bersepadu bersama SKMM – https://aduan.skmm.gov.my/
  • Portal rasmi CFM – http://cfm.my/ atau http://www.consumerinfo.my/
  • Pejabat CFM – Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Off
    Persiaran Multimedia Jalan Impact, 63000 Cyberjaya, Selangor

 

Sumber: Wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 12 Aug 2019

3 Cara Membuka Kunci atau Password Untuk Iphone

Lupa kata laluan atau password cuba cara ini

TECH Thu, 11 Oct 2018

Cara Untuk Membatalkan E-mail Yang Telah Dihantar

Kongsikan cara untuk membatalkan sebarang penghantaran mel Gmail dengan berkesan.

TECH Tue, 11 Sep 2018

Daftar Akaun Baru Whatsapp Tanpa memerlukan Simkad

Sangat ringkas dan mudah.Cubalah!

TECH Sat, 14 Dec 2019

Iklan Di Facebook Akan Dikenakan Caj SST Sebanyak 6%

Facebook telah mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% bermula tahun 2020

TECH Thu, 5 Jul 2018

Meizu 16 Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin, Dilancarkan Pada 26 Ogos Ini

Selepas Vivo memperkenalkan teknologi pengimbas cap jari di dalam skrin pada peranti X20 Plus UD, beberapa pengeluar lain turut menggunapakai teknologi itu pada peranti mereka. Sebuah lagi syarikat pengeluar dari China iaitu Meizu, juga tidak mahu ketinggalan dari menggunakannya. […]

TECH Tue, 10 Jul 2018

Zen Dari China; Cip Pemprosesan Mikro x86 Oleh Pengeluar China Berdasarkan Senibina AMD

Cip pemprosesan x86 Dhyana yang berdasarkan senibina mikro Zen oleh AMD telah mula muncul dari pengeluar cip Hygon yang berpusat di China. Cip ini berjaya dihasilkan setelah berlaku perjanjian perlesenan antara AMD dengan rakan kongsi China mereka. […]

TECH Fri, 6 Jul 2018

Masukkan “Subtitle” Pada Video Yang Dimuat Naik ke Youtube

Kepada anda yang baru berjinak – jinak sebagai “Youtuber” berikut kami kongsikan satu tutorial ringkas untuk anda memasukkan sari kata pada video yang anda muat naik pada saluran Youtube anda.

Automobile Tue, 27 Nov 2018

Sunway Pyramid’s New Parking System Doesn’t Use Tickets Anymore

You don’t have to use Sunway Pals or Touch n’ Go cards either!

TECH Wed, 7 Feb 2018

AIR ASIA LAUNCHES FACIAL RECOGNITION SYSTEM TO SPEED UP CHECK-IN

Check out the new system and learn on how to use it when it reaches airports near you.

TECH Sun, 27 May 2018

Ribuan Kata Laluan Apple ID Bocor Gara-Gara Aplikasi Pemantauan Keselamatan Remaja, TeenSafe

Salah satu server mempunyai 10,200 rekod pada pangkalan data merangkumi emel utama yang digunakan untuk mendaftar akaun TeenSafe dan alamat emel Apple ID kanak-kanak.