TECH By: SGMS Putri April 18, 2018 @ 6:05am

Facebook Mahu Bangunkan Cip Pemprosesan Mereka Sendiri

Facebook kini dalam proses untuk membentuk satu pasukan bagi membangunkan cip pemprosesan mereka sendiri, mengikut laporan Bloomberg. Perkara ini dijangka akan mengejutkan pelbagai pihak memandangkan mereka bukanlah berada dalam industri pembuatan peranti elektronik secara langsung sebelum ini. Seperti kita ketahui, syarikat seperti Intel Corp., Qualcomm, atau Huawei yang mempunyai cip pemprosesan sendiri semuanya terlibat secara langsung dalam industri ini.

Facebook dijangka akan menggunapakai cip tersebut bagi menyokong perkakasan atau peranti mereka, perisian AI serta menambahbaik servis pelayan pada pusat data mereka. Pada bulan hadapan, mereka diberitakan akan melancarkan Oculus Go, sebuah peranti realiti maya (VR) yang menggunakan cip pemprosesan Qualcomm. Mungkin pada masa hadapan, peranti seperti ini akan menggunakan cip keluaran Facebook sendiri pula.

Perkara ini tersebar apabila Facebook didapati telah membuat satu iklan pekerjaan yang menunjukkan mereka sedang mencari calon pekerja yang berkemahiran atau pernah terlibat dalam industri pembangunan semikonduktor ini. Walaubagaimanapun, Facebook menolak untuk memberi sebarang komen mengenai perkara ini.

Sekiranya dakwaan ini betul, ia dijangka akan dapat membantu Facebook dalam mengurangkan kos serta kualiti servis mereka. Ini juga menjadi sebab mengapa syarikat seperti Apple dan Huawei telah menghasilkan cip pemprosesankeluaran mereka sendiri.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 6 Dec 2017

Cara Menghantar Mesej Whatsapp kepada Nombor Tiada Dalam “Contact”

Pernahkah anda ingin menghantar WhatsApp tetapi kemudian menyedari bahawa nombor tersebut tiada di dalam senarai ‘Contact’ anda?

TECH Thu, 28 Jun 2018

Permainan The Walking Dead: Our World Akan Akhiri Penantian Peminat

Penantian setahun peminat The Walking Dead akan berakhir pada 12 Julai ini kerana aplikasi permainan telefon pintar The Walking Dead: Our World akhirnya akan dikeluarkan. AMC dan Next Game telah bergabung untuk menghasilkan permainan gaya Pokemon Go […]

TECH Fri, 24 Aug 2018

3 Kerugian Membeli Smartphone Entry-level

Mahu berhemat, kalian membeli smartphone entry-level yang terbilang murah? Rupanya ada kerugian yang boleh kalian temukan. Oleh sebab itu ada baiknya sebelum membeli, kalian bisa membaca ulasan berikut ini.

TECH Thu, 11 Jul 2019

Bagaimana untuk menyambungkan hotspot WiFi tanpa kata laluan

Cara mudah akses wifi tanpa kata laluan

Events Thu, 30 May 2019

Nak OOTD Dan Selfie Yang Super Cool Raya Ni? Ini 7 Teknologi Hacks Pengguna Huawei P30 Sahaja Boleh Try!

Ketahui beberapa hacks menarik dan Bergaya bersama HUAWEI P30 Pro pada Raya Aidilfitri ini!

TECH Thu, 1 Mar 2018

3 Cara Membuat Tulisan Unik di WhatsApp

Nak kelainan sewaktu hantar mesej di WhatsApp, apa kata guna cara ini …

TECH Wed, 25 Jul 2018

Apple Keluarkan Kemaskini Membaik Pulih Masalah ‘Throttling’ MacBook Pro 2018

Selepas beberapa video di internet muncul mengenai masalah throttling yang melanda MacBook Pro 2018, terutamanya peranti yang menggunakan cip pemprosesan Intel Core-i9. Hari ini Apple Inc. mengumumkan pepijat yang dijumpai menyebabkan penurunan prestasi kepada peranti MacBook Pro 2018 dan mereka sudah mengeluarkan kemaskini […]

TECH Fri, 20 Jul 2018

FreeSync vs G-Sync: Mana Satu Yang Lebih Sesuai?

Anda sedang berkira-kira mahu membeli monitor PC yang baharu dan terjumpa dengan terminologi teknologi G-Sync dan FreeSync yang wujud di dalam monitor yang anda cari sebentar tadi. Apa itu G-Sync dan FreeSync? Dua terma tersebut […]

TECH Thu, 5 Jul 2018

Maybank2U Berwajah Baru, Tampak Ringkas Dan Moden

Pelbagai langkah dan cara digunakan pihak bank untuk memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati dengan servis yang ditawarkan. Antara bank yang kerap melakukan perubahan terhadap perkhidmatan serta penambahbaikan adalah Maybank dimana mereka tampil dengan antaramuka laman web Maybank2U […]

Automobile Tue, 24 Dec 2019