TECH By: SGMS Putri June 2, 2019 @ 10:00am

Kenalpasti Ketulenan Telefon Anda Dengan 4 Langkah Mudah Ini

Isu pengguna tertipu dengan telefon palsu sudahpun berlaku sejak sekian lama.

Walaupun hidup dizaman serba moden dengan segala maklumat dihujung jari, masih ada dalam kalangan kita yang masih kurang arif dalam membeli gajet.

Ambil contoh ibu bapa kita yang sudah berusia. Takkan nak marah mereka sebab tak ambil tahu tentang gajet bukan?  Mungkin terpengaruh dek harga jualan telefon yang murah dari pasaran, mereka pun membeli tanpa usul periksa. Akhirnya peranti yang dibeli tidak mampu berfungsi sepertimana produk asli.

Jadi untuk membantu mengenalpasti ketulenan sesuatu telefon itu, Consumer Forum Malaysia (CFM) telah berkongsi 4 cara mudah yang boleh diikuti pengguna.

1. Periksa spesifikasi peranti tersebut

Langkah pertama adalah bandingkan spesifikasi telefon yang tertera dikotak bungkusan dengan sumber sahih seperti laman web rasmi syarikat pengeluar, atau laman web teknologi yang lain.

Untuk lihat spesifikasi telefon anda boleh pergi ke bahagian Setting dan pilih About Phone.

*Tambahan: Anda juga boleh muat turun aplikasi CPU-Z  dari Google PlayStore untuk maklumat lengkap tentang spesifikasi telefon anda.

2. Buat perbandingan dengan unit yang dijual oleh pengedar sah.

Kadang-kala kita dapat tawaran harga lebih baik daripada penjual telefon yang mungkin bukan pengedar sah. Itu tidak menjadi masalah, tetapi yang menjadi isu apabila penjual tidak mendedahkan status sebenar telefon itu. Ia mungkin set asli, mungkin juga klon.

Ada yang menjualnya dengan aksesori yang tidak lengkap, pengecas dan kabel yang tidak berkualiti. Selain itu, perhatikan juga ciri-ciri fizikal peranti. Jika perbezaannya ketara daripada set asli, kemungkinan besar ia peranti palsu.

*Tambahan: Jangan keliru dengan set import, pengecasnya berbeza dengan set rasmi dan waranti hanya ditanggung oleh penjual sahaja. Perlu diingat, setiap jual beli telefon yang tidak mempunyai label SIRIM serta SKMM adalah salah dan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000.

3. Semak nombor IMEI telefon anda

International Mobile Equipment Identity atau lebih mudah dipanggil IMEI boleh diibaratkan sebagai “kad pengenalan” kepada telefon anda.

Dail *#06# pada telefon anda dan angka 15 digit akan terpapar. Bandingkan nombor tersebut dengan nombor IMEI yang tertera pada kotak bungkusan.

Periksa juga nombor siri pada peranti dan kotak dan pastikan ia sepadan.

4. Pastikan telefon anda disahkan oleh SIRIM

Setiap peranti yang dipasarkan di Malaysia pastinya perlu melepasi syarat piawaian dari SIRIM.

Anda boleh semak nombor IMEI pada laman SIRIM melalui pautan ini – http://ecomm.sirim.my/SirimEnquiry/search_IMEI.aspx

Atau boleh juga semak menggunakan Check Your Label (Android, iOS), satu aplikasi yang dibangunkan bersempena kempen kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama dengan SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Itulah serba-sedikit langkah mudah yang boleh dilakukan untuk mengesan ketulenan telefon yang anda beli.

Jadilah pengguna bijak supaya tidak tertipu dengan penjual yang tidak jujur.

Anda mempunyai masalah yang belum selesai walaupun sudah dilapor kepada pihak penyedia perkhidmatan? Anda boleh panjangkan ia ke CFM untuk nasihat dan tindakan yang selanjutnya.

Sumber: CFM

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 26 Apr 2019

HappyFresh Partners With AEON to Deliver Groceries to More Malaysians

A wider range of groceries as well as wider area for delivery.

TECH Sun, 15 Jul 2018

Simpan Video YouTube Untuk Ditonton Diwaktu Yang Lain

Ingin menonton ‘Youtube’ tetapi tiada masa?Cubalah cara ini.

TECH Mon, 12 Feb 2018

AWAS! BILA ‘CEDUK’ DARI INSTAGRAM!

Beberapa pengguna sekarang sudah mula menerima  kemaskini pemberitahun aplikasi berkenaan. Sesiapa yang sudah update bermakna setiap screenshot yang dibuat dapat dilihat oleh pengguna asalnya.

TECH Wed, 27 Nov 2019

Cemas Kalau iPhone Hilang, Ini Cara Yang Boleh Bantu Anda

Ada applikasi rupanya buat anda pengguna Iphone. Ingat untuk aktifkan ya!

TECH Thu, 29 Mar 2018

2 Cara Mudah Mengetahui Lokasi Seseorang Dari WhatsApp

Cara mudah untuk anda mengetahui lokasi seseorang melalui WhatsApp cara panjang atau cara pendek..

Automobile Sat, 30 Jun 2018

7月1日起六地方政府「不必再刮泊车固本」

只需下载「精明雪兰莪泊车」手机应用程式,即可缴付雪州6地方政府泊车费!

TECH Mon, 5 Nov 2018

孩童玩的App游戏都安全吗?密西根大学:超过9成都有偏差诱导内容!

孩童使用的App安全吗?根据美国密西根大学公布的一份报告,大部分App都含有不适当内容,可能误导学龄前孩子的价值观。

TECH Wed, 20 Nov 2019

Tiada Hak Untuk PDRM Semak Telefon Bimbit Orang Awam

PDRM Tidak Mempunyai Hak Menyemak Telefon Bimbit Orang Awam Secara Rambang

TECH Tue, 27 Aug 2019

Menulis Mesej Tanpa Perlu Menaip Dengan WhatsApp

kita hanya perlu bersuara dan suara kita akan ditukarkan kepada tulisan, bestnya!

TECH Tue, 2 Oct 2018

3 Langkah Mudah untuk Menjaga Bateri

mari kita jaga bateri telefon pintar kita