Categories: TECH

Lihat Semula Kata Laluan WiFi Yang Disimpan Pada PC

Kepada anda yang terlupa akan kata laluan WIFi Yang disimpan pada PC, berikut admin kongsikan cara untuk mendedahkan kesemua kata laluan WiFi yang tersimpan pada PC dengan mudah dan pantas.

Pertama sekali muat turun aplikasi Wireless Key View dengan menggunakan pautan berikut.

https://www.nirsoft.net/utils/wireless_key.html

dan skrol kebahagian bawah laman untuk menemukan pautan muat turunnya.

Seterusnya Ekstrak fail tersebut pada PC. Untuk makluman anda, aplikasi ini tidak perlu di “install” kerana ianya berformat Portable ataupun mudah alih.

Kemudian buka aplikasi tersebut, ianya serta merta akan memaparkan kesemua SSID WiFiberserta kata laluannya, selesai.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Sumber: wiser.my

SGMS Enal