Categories: TECHTech News

Microsoft Umum Tamatkan Sokongan Windows 7 Januari 2020

Microsoft telah menawarkan sistem sokongan kepada windows 7 sejak 10 tahun yang lalu. Kini Microsoft telah mengeluarkan notis bakal menamatkan sokongan terhadap Windows 7 bermula Januari 2020.

Windows 7 masih lagi aktif digunakan oleh pengguna pada masa kini sejak kemunculannya pada 10 tahun yang lalu.

Kredit Foto: redmondchannelpartner

Pengguna Windows 7 akan menerima notifikasi mengenai penamatan sokongan tersebut dan diminta untuk segera beralih kepada Microsoft 10.

Selepas tarikh tersebut, Microsoft tidak lagi akan memberi kemaskini berkaitan sekuriti terhadap Windows 7.

Ianya akan mengundang kepada isu penggodaman dan pencerobohan data akan berlaku kepada pengguna Windows 7.

Pengguna tidak akan dilayan sehingga bertukar kepada window 10.

Windows 7 masih aktif digunakan sehingga kini kerana ianya masih menawarkan sistem yang stabil kepada pengguna.

Namun, ianya mungkin terdedah kepada ancaman dan serangan berbahaya dan disarankan untuk beralih kepada sistem operasi yang lebih moden.

Sumber: Hothardware

SGMS Enal