Umum telah mengetahui bahawa Spotify bakal mengadakan satu majlis pada 24 April, akan tetapi tujuan majlis tersebut diadakan tidak diberitahu sebelum ini. Namun, pada 16 April, Spotify telah mengeluarkan satu jemputan rasmi kepada pihak media yang memberitahu bahawa majlis berkenaan adalah berkenaan dengan masa depan aplikasi mudah alihmereka.
Terdapat juga laporan daripada beberapa sumber yang rapat dengan Spotify menyatakan bahawa majlis ini akan mendedahkan kepada umum berkenaan ciri baharu langganan percuma Spotify yang telah kami laporkan sebelum ini. Selain itu antara yang menjadi sebutan juga ialah fungsi carian menggunakan suara yang turut dijangka akan diperkenalkan pada majlis tersebut.
Apa sahaja tujuan sebenar Spotify menganjurkan majlis ini tentu ditunggu-tunggu oleh penggemar muzik serta para pesaing Spotify yang turut berada dalam industri penstriman muzik. Ikuti perkembangan terbaru dari Spotify berkenaan perkara ini melalui laman sesawang mereka.
Wah, MK jadi jahat!
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..