Categories: TECH

Web Kena ‘Hack’, Tiada Data Dan Maklumat Terjejas

Sejak pagi tadi, kecoh di ruangan media sosial mengenai laman web rasmi Universiti Malaya (UM) yang telah digodam sejak malam semalam oleh penggodam yang masih belum dapat dipastikan identitinya. Bukan itu sahaja, pihak tersebut juga meninggalkan beberapa potongan ayat pada deskripsi laman web tersebut yang berbaur protes.

Susulan perkara tersebut, pihak Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan situasi sebenar mengenai insiden berkenaan.

Menerusi kenyataan tersebut, pihak UM mengesahkan bahawa sistem e-pay mereka telah digodam pada lewat malam semalam. Setelah perkara tersebut dikesan, sistem berkenaan telah ditutup bagi membolehkan siasatan dan kerja pembaikan dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, kedua-dua sistem jaringan dan juga e-pay telah siap diperbaiki pada tengahari tadi. Pihak UM juga memberitahu bahawa tiada data dan maklumat yang terjejas akibat dari insiden penggodaman tersebut.

Sumber: University of Malaya

SGMS Enal