TECH By: SGMS Putri July 9, 2018 @ 3:49pm

Xiaomi Adakan Promosi Sempena Penyenaraian Syarikat Dalam Bursa Saham Hong Kong

Menerusi pengumuman yang dibuat pada laman Facebook rasmi Mi Malaysia, syarikat gergasi dari China itu kini melangkah setapak lagi dengan penyenaraian di dalam Bursa Saham Hong Kong.

Sejak diasaskan 10 tahun lalu, Xiaomi telah mengecapi pelbagai kejayaan, dari sebuah syarikat internet dan telefon pintar kepada pembuat pelbagai barangan termasuk perkakasan rumah pintar.

Bersempena dengan hari yang bersejarah ini, Mi Malaysia bakal mengadakan satu promosi bermula hari ini, 9 Julai 2018sehingga 31 Julai 2018, yang mana ia melibatkan model Redmi Note 5, peranti dilengkapi tetapan dwi kamera yang cukup ampuh dalam kelasnya.

Promosi yang disebutkan adalah;

  1. Setiap pembelian Redmi Note 5 (64GB), pembeli akan menerima Mi Powerbank 2 yang bernilai RM69 secara percuma.
  2. Setiap pembelian Redmi Note 5 (32GB), pembeli boleh menerima potongan sebanyak 50% untuk membeli Mi Powerbank 2 (RM34.50)
  3. Mi Band 2 pada harga promosi iaitu RM88 (harga jualan RM119).

Tidak cukup dengan itu, Mi Malaysia turut mengadakan satu pertandingan “The Camera Beast” dimana pemilik Redmi Note 5 boleh mengetengahkan bakat mereka dalam mengambil gambar.

Pertandingan ini juga akan mula berjalan pada tarikh yang sama iaitu 9 Julai 2018 dan tamat pada 31 Julai 2018.

Hadiah menarik menanti pemenang seperti Mi Band 2, Powerbank 2, dan juga Mi Selfie Stick.  8 orang peserta dengan gambar yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Cara untuk memasuki pertandingan ini mudah sahaja, ambil gambar mengikut kreativiti anda, muat naik ke Facebook serta Instagram dan jangan lupa sertakan tanda pagar#ShotOnRedmiNote5.

Pemenang akan diumumkan pada 1 Ogos hadapan. Tidak terhad kepada hadiah sahaja, pemenang juga akan dijemput ke acara fotografi yang diserta jurugambar antarabangsa Mars Khor juga social media influencerJeii Pong.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 21 May 2018
TECH Wed, 3 Oct 2018

Aplikasi Down Tiba-Tiba, 75,000 Carian ‘Instagram’ Di Twitter Hanya Dalam Sejam

Menurut lamam Independent.co.uk, aplikasi ini tiba- tiba terhenti di mana pengguna tidak dapat melihat gambar atau profil pengikut. Kenapa agaknya ya?

TECH Thu, 8 Aug 2019

Bolehkah Anda Hidup Tiga Hari Tanpa Telefon?

Zaman sekarang handphone/ smartphone adalah benda wajib dibawa kemana-mana. Berani tak nak sahut cabaran?

TECH Thu, 19 Jul 2018

Siri Samsung Galaxy Paling Inovatif Akan Diperkenalkan Tahun Hadapan – WSJ

Sebuah laporan daripada akhbar The Wall Street Journal hari ini mendakwa bahawa Samsung akan memperkenalkan satu lagi siri di bawah jenama Samsung Galaxy iaitu Galaxy X. Siri berkenaan dilaporkan akan tiba di pasaran pada tahun 2019 nanti. […]

TECH Fri, 23 Nov 2018
TECH Mon, 4 Dec 2017

Tips Bagaimana Menambah Baik Penerimaan Isyarat Pada Peranti Mudah Alih

Kita sering mengalami masalah “signal” yang lemah pada peranti pintar sememangnya tidak asing lagi, terutamanya ketika berada berjauhan dengan antena penghantar isyarat.

TECH Fri, 9 Nov 2018

种花草又怕麻烦?智慧种植箱OrchidBox浇水光照都包办

OrchidBox 将种植过程简化到只需浇水,其他如光照、水量和浇水时间都由它一手包办,黑手指也能轻松种出一角绿意。

TECH Wed, 27 Jun 2018

Instagram三大新功能上线!视讯通话让你边聊边滑App

Instagram一次推出多样新功能,包含视讯通话、新的探索功能介面,以及第三方品牌AR滤镜等。

TECH Mon, 2 Dec 2019

Cara Menukarkan Format Video Kepada Mp3 Pada Android

Pertama sekali pasang aplikasi Video to Mp3 converter pada Android anda, boleh sahaja mendapatkannya pda laman sesawang Apkpure.com sekiranya tidak disediakan pada playstore. Setelah siap pemasangan, pilih menu berikut. Kemudian pilih fail video yang ingin anda ubah kepada format […]

TECH Tue, 18 Sep 2018