Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom May 24, 2018 @ 1:00pm

Tepung Pelita The Most Wanted Kuih Di Bulan Ramadan, Jom Belajar Membuatnya

Kuih yang satu ini memang cukup dikenali sebagai salah satu menu popular di bulan Ramadan. Apalagi kalau rasanya enak, jualan boleh mencecah 3,000 biji sehari  (barangkali lebih) sebagaimana brand Tepung Pelita Paya Jaras.

Rasanya yang enak lemak-lemak manis sesuai dijadikan menu pencuci mulut, itulah yang membuatkan tepung pelita sering menjadi pilihan ketika ingin berbuka puasa.

Penyediaan dan cara membuatnya juga mudah. Dengan perkongsian menu seperti di bawah, diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembaca selain boleh cuba membuatnya di rumah. Let’s cuba!

Anggaran hidangan: 35 hingga 40 biji tepung pelita bergantung pada saiz sampan tepung pelita.

Langkah 1: Daun pisang dilayur atas api dapur gas kemudian potong empat segi tepat lebih kurang 4 x 7 inci. Lapiskan tiga helai untuk setiap satu sampan untuk elakkan kebocoran. Lipat di kedua-dua hujung dan stepler.

Langkah 2: Cara membuat tepung lapisan hijau (bahagian bahagian)

1 cawan tepung beras

1/2 sudu kecil kapur makan

Air daun pandan 4 cawan (mesin 5 helai daun pandan dengan secawan air, setelah itu tambahkan air untuk cukupkan 4 cawan)

Cara memasak: Panaskan air dalam kukusan. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Susun sampan daun pisang dalam kukusan berlubang. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam setiap sampan.

Kemudian baru dituangkan campuran lapisan hijau tadi sebanyak 1/3 penuh. Kukus selama 15 minit. Sesudah masak, tuangkan pula campuran bahan untuk bahagian atasnya.

Langkah 3: Cara membuat tepung lapisan santan (bahagian atas)

Tepung beras 1 cawan

Pati santan 1 cawan

Air 4 cawan

Garam 1 sudu kecil

Cara memasak: Panaskan santan dan air kemudian campurkan bancuhan tepung beras. Masak hanya sampai mendidih, tutup api. Kacau biar hingga rata. Tuang ke atas lapisan hijau. Kukus balik selama lebih kurang 10 minit.

Saranan : Bagi mereka yang pertama kali ingin cuba memasak tepung pelita, boleh rujuk video yang dilampirkan, namun begitu caranya sedikit berbeza. Terserah anda untuk memilih mana satu cara yang diinginkan. Selamat mencuba!

Sumber Video : YouTube

Sumber Artikel : Dunia Farisya

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 2 Nov 2018

Jangan Lakukan 7 Perkara Ini Ketika Melancong Jika Tak Nak Dianggap Kurang Ajar

Sebelum ke negara lain, belajar tentang adatnya dulu.

Eat Travel Thu, 6 Feb 2020

Rahsia masakan bersantan lambat basi

Panduan yang sangat berguna!

Eat Travel Fri, 17 Aug 2018
Acara Tue, 26 Nov 2019

Coffee Beans & Tea Leaf sediakan hadiah buat yang tersayang

‘Gifting Grateful’ ditawarkan sempena perayaan musim cuti

Eat Travel Fri, 22 Feb 2019
Eat Travel Sun, 3 Feb 2019
Eat Travel Tue, 5 Jun 2018

7 Sebab Pulau Bali Adalah Destinasi Honeymoon Yang Perfect Untuk Anda

Bukan saja cantik pemandangannya, ia juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pasangan.

Eat Travel Thu, 7 Mar 2019
Eat Travel Sun, 9 Sep 2018

Seramnya Kek & Pai Ini! Ada Berani Nak Makan?

Walaupun nampak seram, kek ini boleh dimakan!

Eat Travel Fri, 26 Oct 2018

5 Tip Untuk Pengalaman Melancong Secara Solo Yang Lancar & Selamat

Tak perlu risau, ikuti saja panduan dan tip-tip ini.

error: Content is protected !!