Categories: #ThrowbackXTRA

#ThrowbackXTRA: Mula Bekerja Seawal 9 Bulan, Diana Danielle Cuba Dalami Bidang Neuropsikologi

Setiap individu pasti mempunyai impian untuk menceburi bidang yang diminati sejak dari kecil .

Meskipun bukan setiap individu berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan, namun takdir dan rezeki menjadi penentu utama terhadap kerjaya seseorang.

Menerusi segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, pelakon dan penyanyi Diana Danielle tampil berkongsi impian dan cita-citanya sekiranya tidak menjadi seorang selebriti.

Menurut Diana, dia telah memulakan kerjayanya sebagai seorang model pengiklanan sejak usianya 9 bulan.

Namun, dirinya kini lebih meminati untuk mendalami bidang Sains yang melibatkan bahagian otak manusia.

“Soalan ini antara yang agak susah untuk saya jawab sebab saya membesar dengan job pertama saya ketika saya sembilan bulan.

“Saya pernah menjadi model dalam iklan. Seumur hidup saya kerja saya memang berada di hadapan kamera.

“Tapi bila besar ni kita ada minat yang berbeza. Jadi saya ada tendency untuk belajar tentang minda. mungkin bukan psikologi tapi neuropsikologi,” katanya.

Ditanyakan sama ada dirinya berhasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang tersebut, Diana bagaimana pun menyatakan ia hanyalah sekadar azam.

“Sebenarnya saya tengah mencuba untuk belajar lebih mendalam tentang neoropsikologi, so doakanlah supaya dapat menceburi bidang itu suatu hari nanti.

“Asalkan benda tu melibatkan otak sebab bagi saya otak adalah organ yang sangat misteri dalam anggota badan kita. Ini azam saya tapi Insya-Allah.

“Kalau tak jadi artis pun, saya akan cuba ceburi bidang Sains sebab its a natural tendency for me to go towards scientific journal and article.

“Actually, saya rasa ibu saya yang banyak menyumbang kepada minat saya dalam bidang itu sebab dia suka belajar tentang Sains. Saya tak suka Matematik,” jelasnya.

Fatin Nurain