[VIDEO] “Balas ‘Paluan Gendang’ Dengan Berdiam Diri” – Diminta Berhenti Menyanyi,  Ziana Zain Nasihat Hasif Upin Abaikan Komen ‘Haters’

Penyanyi tersohor, Ziana Zain, memberi nasihat kepada rakan duetnya, Hasif Upin dalam lagu Waktu untuk tidak terkesan dengan kritikan negatif netizen.

Ziana ketika ditemui baru-baru ini berkata Hasif berada dalam industri hiburan atas minatnya untuk bergelar penghibur.

Malah, pelantun lagu popular Madah Berhelah ini juga tidak menafikan penyanyi baru seperti Hasif berada dalam era media sosial di mana netizen bebas mengkritik.

Ziana menasihati Hasif untuk tidak mengendahkan kritikan negatif netizen, malah lebih baik sekiranya dia terus berdiam diri dan tidak menjawab komen ‘haters’ itu.

“Hasif berada dalam industri hiburan kerana minatnya dalam bidang menyanyi dan juga mahu menunjukkan bakat ketika membuat persembahan.

“Biasalah, jabatan netizen memang seperti ini.. Mungkin Hasif penyanyi baru dalam industri jadi dia terasa, tapi jangan ambil kira komen tersebut masuk kepala.

“Penyanyi-penyanyi BBNU ini mereka di zaman media sosial yang mudah dikritik netizen. Jadi apabila kita berhadapan paluan gendang yang sangat kuat tu, kita perlu balas dan menyambut paluan itu pun dengan kena kuat.

“Tapi cara kita membalas paluan itu adalah dengan berdiam diri, jangan menjawab komen ‘haters’ yang hanya satu peratus saja, tak penting. Lebih banyak kita menjawab, haters akan ada lebih ruang untuk mengkritik dan menunjukkan kelemahan kita kepada mereka.

Sebelum ini, Hasif meluahkan rasa kesal apabila ada netizen yang memintanya untuk berhenti menyanyi gara-gara dikatakan tidak layak berduet dengan Ziana.

Artikel Berkaitan: Haters Minta Hasif Upin Berhenti Menyanyi Dengan Ziana Zain & Dakwa Nama Akan Suam Semula, Ini Jawapan Tuan Badan

Aqilah Paharuzi