Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal November 4, 2018 @ 11:27am

Tragis, Ikat Badan Bersama, Dua Beradik Maut Terjun Ke Sungai

Tragis, mayat dua wanita muda dijumpai terikat bersama dengan pita pelekat di sekeliling pinggang dan pergelangan kaki mereka setelah melompat ke dalam Sungai Hudson disebabkan enggan pulang ke Arab Saudi.

Ketua Detektif Jabatan Polis New York City, Dermot Shea memberitahu pada satu sidang akhbar, kedua-dua beradik itu Tala Farea, 16, dan Rotana Farea, 23, mungkin memasuki air ketika masih bernyawa dan dikatakan memilih untuk membunuh diri berbanding kembali ke negara berkenaan.

“Pada masa ini kita tidak mempunyai maklumat yang boleh dipercayai bahawa terdapat unsur jenayah berlaku di New York City, tetapi kes ini berada dalam penyiasatan,” kata Shea.

Shea berkata, sumber di Virginia memberitahu para detektif bahawa dua wanita yang mayatnya ditemui oleh seseorang yang melintas di kawasan itu pada 24 Oktober: “lebih suka membahayakan diri mereka dan membunuh diri daripada kembali ke Arab Saudi”.

Detektif menggunakan testimoni saksi kejadian, bukti video dan penggunaan kad kredit kakak sulung yang digunakan untuk membeli makanan, hotel dan pengangkutan bagi menentukan sama ada terdapat kemungkinan perbuatan khianat terlibat dalam kematian mereka.

Kedua-duanya kali terakhir dilihat oleh keluarga di Virginia pada 30 November 2017.

Difahamkan, mereka kemudian dilaporkan tinggal di sebuah rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga sehingga akhir Ogos dan tiba di New York City pada 1 September sebelum menginap di beberapa hotel mewah, kata Shea.

Seorang saksi memberitahu detektif bahawa pada 24 Oktober lalu sekitar 7 pagi waktu tempatan, dia melihat dua wanita berlutut pada jarak sekitar 30 kaki dekat Sungai Hudson, di mana mereka berdoa dengan kuat selama kira-kira 15 minit.

Polis berkata, adik-beradik itu yang pernah tinggal di Amerika Syarikat selama dua hingga tiga tahun, dikatakan telah mengalami penderaan fizikal dan mungkin memohon suaka perlindungan Amerika Syarikat.

Punca kematian dalam kes ini masih belum ditentukan.

Sumber : Mirror UK

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 25 Apr 2020
Featured Tue, 5 Nov 2024

Gagal Tahan sebak, Anak Sulung Fatin Afeefa Bakal Jadi Hafiz Al-Quran 

Fatin Afeefa & Opai gagal tahan sebak hantar anak sulung dalami ilmu Al-Quran❤️🥹

Filem Wed, 15 Nov 2023
Featured Sun, 21 Aug 2022

Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan Buat Doktor Yang Selamatkan Nyawanya

Alhamdulillah, Datuk Azizulhasni Awang makin pulih

Featured Wed, 14 Dec 2022
Hiburan Fri, 20 Jun 2025

Betty Rahmad Kesal Wajah Didakwa ‘Berubah’ Selepas Ambil Foto Bersama Ruhainies 

Betty Rahmad tak ada masa sibuk urusan tepi kain orang lain

error: Content is protected !!