Categories: FeaturedTrending

“Best Je Dia Nyanyi” – Video Rehearsal Nabila Razali Sebelum AJL35 Dipuji Ramai

Walaupun disiarkan tanpa kehadiran penonton pada tahun ini, Anugerah Juara Lagu 35 tetap tidak lari daripada kontroversi apabila Nabila Razali menerima kritikan sewaktu menyanyikan lagu Peluang Kedua.

Disebabkan perkara tersebut, nama Nabila menjadi trending di media sosial dan video nyanyiannya turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Terbaru, komposer lagu Peluang Kedua telah memuat naik sebuah video rehearsal Nabila sebelum AJL 35.

Video tersebut memperlihatkan Nabila tenang menyanyikan lagu Peluang Kedua tanpa sebarang masalah pada nyanyiannya.

 

Ternyata, ramai yang meninggalkan komen positif dan memberikan sokongan moral kepada Nabila.

Terdahulu, Nabila Razali menulis kapsyen memohon maaf kepada pencipta lagu, Hael Hussaini kerana gagal melakukan persembahan yang baik ketika malam final Anugerah Juara Lagu 35.

Apapun, all the best to Nabila. Benda lepas jangan dikenang.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”