Categories: FeaturedTrending

Pakar Kesihatan Cadang Kekalkan Larangan Rentas Negeri Sehingga Mei

Larangan rentas negeri perlu terus berkuat kuasa sekiranya jangkitan COVID-19 ingin dikurangkan sehingga berada di bawah paras 500 kes.

Menurut pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun, sekatan rentas negeri bagi menghalang penularan kes dari Selangor dan Kuala Lumpur wajar terus dilaksanakan sehingga pandemik COVID-19 merekodkan penyusutan ketara serta stabil.

“Kalau nak kurang daripada 500 kes pun, saya percaya kita mampu capai tetapi ada syarat yang perlu dipenuhi iaitu kekalkan sekatan rentas negeri.

“Keutamaan kita sekarang ialah untuk melindungi negeri hijau, justeru penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor perlu dihalang daripada melakukan perjalanan rentas negeri”

“Justeru, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dan Kuala Lumpur yang dijadualkan tamat pada 18 Mac ini wajar dilanjutkan manakala sekatan rentas negeri dikekalkan sehingga Mei,” katanya menerusi BH, hari ini.

Sumber : Berita Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”