Categories: Trending

2 Anak Mandi Darah, Lidah Kelu Tak Terkata

Noorhasyelawati Yusoff, 37, ibu kepada Nurul Hanim Idris, 5, dan Mohammad Hafiz Idris, 1, yang mati dibunuh seorang lelaki dalam kejadian amuk di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, Yan, semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, suspek yang juga penganggur turut menjerit ke arah Noorhasyelawati ketika dia pergi ke rumah ibu saudaranya untuk mendapatkan bantuan.

Lelaki itu kemudian memberitahu wanita terbabit bahawa anaknya sudah ‘bermandi darah’ apabila Noorhasyelawati berpatah-balik, sebelum dia meninggalkan rumah berkenaan.

Difahamkan, Nurul Hanim ditemui dengan kesan tetak pada belakang badan manakala adiknya dikelar pada leher.

Sementara, anak sulungnya Mohammad Hakim, 7, yang tidur di bilik bersebelahan bersama neneknya, Jamilah Ismail, 60, terselamat.

Noorhasyelawati berkata, ketika kejadian, dia dan dua anaknya itu sedang tidur dalam bilik di tingkat bawah rumah, manakala anak sulungnya tidur dengan neneknya di bilik bersebelahan.

Menurutnya, dia terjaga apabila terdengar suara orang memangil nama suaminya Idris Saad, 47, sebelum terkejut mendengar bunyi bising di ruang tamu.

“Saya terus keluar dan ternampak suspek melibas abang ipar, Soberi Saad, 52, di sebelah kiri muka sebelum dia meluru pula ke arah saya dan cuba menikam perut, namun gagal apabila terlindung dengan langsir.

“Saya kemudian terus berlari keluar rumah meminta bantuan ibu saudara di sebelah rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

SGMS Enal