Sewa Bilik Serendah RM100 Bakal Bantu Golongan Bujang Di Kuala Lumpur

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal memperkenalkan harga sewa bilik serendah RM 100 bagi golongan bujang yang tinggal di ibu kota.

Bilik berkonsep ‘capsule hotel’ itu sudah mula dibina sejak dua minggu lalu di sebuah bangunan lama DBKL yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

“ Sebanyak dua blok digunakan yang mana setiap blok memiliki 120 buah bilik. Projek ini mampu menampung 200 penghuni dan akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100,” kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan kepada kepada Bernama.

Inisiatif ini diambil bagi membantu mengurangkan beban golongan bujang di Kuala Lumpur namun dengan syarat penghuni tidak dibenarkan memasak.

Tambah beliau, projek ini menelan belanja sekitar RM5 juta hingga RM10 juta dan bakal siap pertengahan tahun ini.

SGMS Faida