Bagi anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, pastinya anda akan memilih makanan atau minuman yang mempunyai jumlah kalori rendah.
Di pasaran sekarang juga jika anda perasan, produk alternatif seperti kek, mufin atau air minuman soda yang dikatakan bebas gula sudah dijual secara meluas.
Permintaan untuk produk ini kian meningkat, setara dengan peningkatan kadar obesiti di negara-negara maju sekarang.
Kebanyakan pengguna berpendapat makanan atau minuman bebas gula ini adalah bagus untuk kesihatan dan boleh membantu mengurangkan berat badan.
Bagaimanapun, sebuah kajian semula (review) yang dijalankan oleh University of Freiburg mendapati bahawa kesannya bukanlah seperti yang diharapkan.
Analisis terbesar yang pernah dijalankan terhadap pemanis tiruan ini juga mendapati bahawa kesan jangka panjangnya terhadap kesihatan juga belum dikenal pasti secara menyeluruh.
Pengkajinya yang berasal dari Jerman telah menjumpai sedikit sahaja bukti yang menyokong dakwaan bahawa pemanis ini adalah bagus untuk kesihatan.
Pada masa yang sama, buktinya juga tidak mencukupi untuk menafikan bahawa adanya kesan negatif daripada penggunaan pemanis ini dalam jangka masa panjang.
Beberapa kajian sebelum ini menunjukkan kadar peningkatan berat badan yang perlahan apabila gula digantikan dengan pemanis tiruan dalam pengambilan makanan seimbang seseorang itu.
Bagaimanapun, daripada 56 kajian yang dianalisa semula, data yang menunjukkan kesan pemanis tiruan itu didapati tidak begitu tepat dan tiada bukti yang menunjukkan penggantian itu boleh membantu orang yang obes menurunkan berat badan.
Penyelidikan lain pula menaikkan rasa bimbang kerana penggunaan pemanis yang berlebihan dikatakan boleh meningkatkan risiko kanser, tetapi tiada kaitan yang dijumpai dalam kajian University of Freiburg.
Kajian semula ini yang diterbitkan dalam The BMJ menyatakan ketiadaan penyelidikan mengenai kesan pemanis tiruan terhadap kesihatan jika diambil selama bertahun lamanya. Antara factor ialah kesukaran dalam mendapatkan peserta untuk dikaji.
Ketiadaan kajian mengenai kesan jangka panjang ini juga mewujudkan kebimbangan kemungkinan risiko penyakit. Pada 2017, sebuah kajian memberi amaran bahawa penggunaan minuman diet seharian ada kaitan dengan peningkatan risiko untuk strok atau dementia.
“Bukti mengenai kesan terhadap kesihatan daripada penggunaan pemanis tiruan bercanggah sama sekali,” kata Dr Joerg Meerpolh dalam kajian itu.
“Ada kajian yang menyatakan ada kaitan antara pemanis dengan pengurangan obesiti dan risiko kencing manis jenis 2. Kajian lain pula mencadangkan adanya peningkatan risiko untuk kenaikan berat badan, kencing manis dan kanser,” katanya lagi.
Akhirnya, penyelidik University of Freiburg membuat kesimpulan, “Tiada bukti yang menunjukkan manfaat daripada penggunaan pemanis tiruan, dan potensi ia merbahaya tidak dapat dikecualikan.”
Sumber: The Independent
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..
Ada betul juga cakap Michael kan?