Categories: Trending

Akui Muhyiddin Yassin Banyak Berjasa, Mila Jirin Menangis Teresak-Esak

Usahawan dan  penyanyi, Mila Jirin berkongsi rasa sedih beliau apabila desas-desus mengatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal melepaskan jawatannya hari ini.

Mila berkongsi satu muat naik di laman instagramnya memberitahu bahawa, beliau tidak pernah berasa sedih apabila ada Perdana Menteri yang ingin meletakkan jawatan. Namun, kali ini Mila sebak mengenangkan jasa yang telah diberikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau dan seluruh rakyat Malaysia.

“Aku tak tahu kenapa aku sedih. Aku tak pernah pun sedih bila perdana menteri nak letak jawatan sebelum ni.

“Tapi mungkin sebab dia bantu aku, dia bantu aku” katannya.

Menerusi hantaran tersebut juga, Mila berharap agar negara Malaysia sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mengangkat wabak Covid-19 ini dengan segera.

“InsyaAllah aku doa sangat, moga Allah mudahkan urusan semua orang di Malaysia. InsyaAllah angkatlah Covid ni jauh-jauh Ya Allah”

“InsyaAllah kita bergantung harap kepada Allah. Kita ada Allah.

“Jangan kita bergantung harap pada manusia. Sorry lah kawan-kawan emosi pula. Jaga diri ya, insyaAllah Allah lindung kita semua” jelasnya.

Video berdurasi 1 minit lebih itu telahpun ditonton sebanyak 200,000 tontonan dan menerima lebih 600 komen menerusi akaun instagram miliknya.

 

Salma Syahbuddin