Featured By: Attiqah Mohd April 16, 2021 @ 4:46pm

Anak Amyza Aznan Terus Tarik Perhatian, Bakal Jadi Penyanyi?

Rancangan hiburan Famili Duo yang menampilkan para selebriti berduet bersama ahli keluarga menyerlahkan bakat anak kepada pelakon Amyza Adnan, Adrian Adam mula diperkatakan ramai.

Selepas video nyanyiannya di Famili Duo mendapat perhatian, kini video terbaru Adam pula mula meraih tumpuan.

Aksi bersahaja Adrian yang menyanyikan semula lagu Sampai Bila X Gundah mendapat pujian daripada netizen.

Rata-ratanya memuji suara Adrian yang merdu dan mempunyai nada suara yang unik.

Malah, beberapa netizen turut memuji cara Adrian mengawal suaranya seakan penyanyi professional.

Ramai juga yang yakin dengan potensi yang dimiliki anak muda ini yang mampu menjadikan dirinya sebaris penyanyi terkenal tanah air suatu hari nanti.

Terbaru, Adrian kini tampil menyanyikan lagu Salam Sayang sempena kempen Ramadan Raya di TV3 bersama Amyza.

Walaupun baru berusia 13 tahu namun Adrian mempunyai bakat yang luar biasa dan pastinya mempunyai masa depan yang cerah dalam industri hiburan tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] “Girlfriend Baba Ke Mommy Lagi Cantik?” – Soalan Cepumas Sharnaaz Ahmad Pada Jebat Jayden Mencuit Hati Netizen

Bijaknya Fiderman ni!! Geram min 🤪 Kemain lagi kawtim dengan Baba ek Jebat hehehe 🥰🤣

Eat Travel Thu, 26 Mar 2020

Kira kalori pastikan gaya hidup sihat

Inilah kira-kira yang menguntungkan

Trending Sat, 2 May 2020
Hiburan Wed, 17 Apr 2024
Featured Mon, 21 Mar 2022
Trending Thu, 5 Aug 2021