Categories: Trending

Anak Fasha Sandha Menangis Kerana Inginkan Ibunya Kahwin Lagi

Barangkali rindukan kasih sayang seorang bapa ataupun mahukan seorang adik adalah punca anak sulung aktres popular Fasha Sandha meminta ibunya untuk berkahwin lagi.

 

Apa yang melucukan, Putra Rayfal, 5 siap menangis seperti yang dirakam oleh pelakon Teratai Kemboja tersebut.

 

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkongsi video gelagat anak sulungnya itu di Instagram pada Ahad lalu.

“Rayfal oh Rayfal, baru lima tahun… Dah pandai mintak macam-macam yang pelik. Entah siapa ajar.

“Ibu tak faham. Takkan budak lima tahun dah tahu benda macam ni?” tulisnya. 

Anda tengok sendiri gelagat Rayfal di dalam video di bawah ini.

Sumber: YouTube

Yanie Baharom