Categories: Gaya Hidup

Kalau Nak Rambut Kekal Sihat Dan Tak Gugur, Ikuti Tip Penjagaan Rambut Oleh Yuna

Pasti ada dalam kalangan anda yang mengalami masalah keguguran rambut, lagi-lagi jika anda berhijab! Yalah, cuba anda bayangkan.

Seharian rambut anda diikat dengan getah dan dilekap pula dengan anak tudung; ia akan membuatkan rongga rambut anda menjadi lemah dan rambut anda akan mudah putus serta gugur.

Jangan tak tahu ya, penyanyi bertaraf antarabangsa Yuna juga mengalami masalah sama iaitu rambut gugur. Untuk mengatasi masalah tersebut Yuna sentiasa mengamalkan rutin penjagaan untuk mengekalkan kesihatan rambutnya. 

Nak tahu antara tip yang selalu dipraktikkan oleh Yuna untuk elak rambut gugur? Jom kita semak!

1. Cuci rambut 2 kali seminggu

Biasanya, Yuna akan mencuci rambut sebanyak dua kali sahaja dalam seminggu. Ia bertujuan untuk mengekalkan minyak semulajadi yang ada pada kulit kepala.

Baginya, sangat penting menjaga kesihatan kulit kepala supaya ia seimbang dan tidak kering. Kekerapan anda mencuci rambut akan mengeringkan kulit kepala sekaligus menyebabkan rambut kering dan rosak. 

2. Produk penjagaan rambut

Bagi Yuna, dia akan mencari produk penjagaan rambut yang bersesuaian dengan masalah rambut yang dihadapinya.

Ini penting, ya! Jika anda menggunakan produk yang tidak sesuai dengan rambut anda, ia akan menambahkan masalah rambut sampai jadi lebih teruk. Sebelum membeli produk tersebut, buatlah research terlebih dahulu ataupun berjumpa dengan pakar. 

Ingat ya, walaupun anda memakai hijab, penjagaan rambut harus dititik-beratkan. Jangan biarkan rambut anda gugur dan rosak, sebab rambutkan rahsia kejelitaan setiap wanita? Jadi ia perlu dijaga! Semoga bermanfaat!

Sumber: Wanista

tex_admin