Categories: Trending

Bekas Mak Nyah Berhijrah Cari Jodoh Usahawan

“Insya ALLAH, akhir tahun ini saya akan menunaikan umrah di Makkah dan di sana nanti saya berhasrat untuk berdoa kepada ALLAH agar memberikan jodoh terbaik buat saya,” itu kata bekas mak nyah, Mohd Khariri Mohamad Ramli yang telah berhijrah.

Nama Khariri atau lebih popular sebagai Cikgu Erin menjadi bualan apabila dia nekad berubah selepas bergelumang hampir 20 tahun hidup sebagai seorang mak nyah.  

Cikgu Erin meluahkan sebagai seorang manusia biasa, dia juga teringin membina keluarga bahagia sama seperti orang lain.

Dalam pada itu, Cikgu Erin juga mengaku ada berkawan dengan beberapa wanita.

“ Saya target dalam dua tahun lagi untuk berkahwin. Saya serahkan soal jodoh kepada ALLAH SWT,” katanya.

Cikgu Erin memberitahu dia bakal menunaikan Umrah hujung tahun dan ingin berdoa agar urusan dipertemukan jodoh dipermudahkanNya.

“ Niat berkahwin sudah ada cuma saya perlukan petunjuk di sana. Sebelum ini pada tahun 2012, saya pernah ke sana tetapi pada waktu itu, fokus saya lebih kepada ibadah penyucian diri dan jiwa.

“ Kali ini fokus saya kepada jodoh pula, Insha Allah doakan yang terbaik buat saya,” katanya.

Memetik laporan Sinar Harian, dia enggan berkawan terlalu rapat dengan  wanita kerana bimbang mengecewakan mereka namun berhasrat jodohnya nanti datang dari kalangan usahawan.

“Saya memiliki kepakaran dalam dunia kecantikan dan jika dapat isteri usahawan bolehlah saya kongsi kepakaran ini dengannya nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Khariri berkata dia kini dilantik sebagai pembantu mutawif oleh sebuah agensi pelancongan untuk membimbing mana-mana golongan transgender yang berhasrat menunaikan ibadah umrah di Mekah.

Bersyukur dan gembira dengan pelantikan itu, anak kelahiran Chemor, Perak ini akan diberi latihan dan kursus khusus bagi melengkapkan dirinya sebagai mutawif dalam usaha memberi keselesaan kepada mak nyah beribadah di sana.

“Golongan ini ada banyak perkara yang perlu dibantu. Saya tahu kerana saya sendiri pernah melaluinya dan ini antara perkara-perkara yang hanya golongan mak nyah yang faham,” katanya.

Mohd Khariri pernah bergelumang dalam dunia mak nyah selama 18 tahun sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke pangkal jalan pada tahun 2012.

Dalam tempoh itu, dia menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki yang menjadikannya sebagai pekerja seks, penjual dadah dan bertindak memukulnya.

Dia juga melakukan beberapa pembedahan, menyuntik hormon dan memakan pelbagai jenis pil bagi membolehkan dirinya menjadi wanita.

SGMS Faida