Categories: Trending

Benarkah NASA Sembunyikan Ancaman NT7?

Baru-baru ini kecoh seketika apabila pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) membuat pengumuman mengenai asteroid gergasi ebakal menghentam bumi pada Januari 2019 ini.

Bagaimana pun, ramalan NASA mengenai asteroid 2002 NT7 itu ditarik semula sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana spekulasi itu sekaligus membuatkan masyarakat melabel NASA sebenarnya menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan mereka.

Sebelum ini, pihak NASA mengumumkan asteroid 2001 NT7 itu bakal memasuki atmosfera bumi pada kelajuan 60, 000 kilometer sejam. Dan, dianggarkan bakal menghentam bumi pada 1 Februari. 

Menurut NASA, mereka akan membuat perkiraan semual berkenaan ancaman tersebut. Dan, berpendapat ianya bakal melalui bumi tanpa membuat sebarang perlanggaran pada 13 Januari ini.

Terdahulu, terdapat hampir 75 buah video yang mempersoalkan adakah bumi kita bakal dihentam asteroid 2002 NT7.

Salma Syahbuddin