Categories: Trending

Berita Tular Tentang Tarikh Pembukaan Semula Sekolah Adalah Palsu – KPM

Nampaknya masih ada lagi segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu berhubung situasi yang sedang dialami negara kita ketika ini.

Terdahulu, tular di media sosial tentang tarikh pembukaan semula sekolah yang dijadualkan bermula tahun ini untuk pelajar yang terbabit di dalam peperiksaan iaitu pelajar tingkatan 5 dan 6.

Namun perkara ini telah dinafikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan menyifatkan berita ini sebagai berita palsu. Hal ini telah dimaklumkan sendiri oleh pihak KPM menerusi laman Facebook rasmi mereka.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin telah menjelaskan menerusi wawacara khas program Soal Rakyat terbitan TV3 pada Isnin lalu, sesi persekolahan hanya akan dibuka untuk pelajar kelas peperiksaan tingkatan lima dan enam terlebih dulu.

Namun beliau tidak memaklumkan tarikh khusus berkenaan pembukaan sekolah.

Kalau belum pasti kesahihan sesuatu berita, jangan kongsi dulu okay? Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.

Sumber: Facebook Kementerian Pelajaran Malaysia

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover