Trending By: Aisyah Badrul April 13, 2020 @ 12:10pm

Bersiar-siar Sewaktu PKP, Remaja Bonceng Mayat Kekasih Sebelum Tinggalkan Di Garaj Rumah

Dua orang remaja yang bertindak bersiar-siar menaiki motor semasa Perintah Kawalan Pergerakan akhirnya berubah menjadi tragedi apabila motosikal yang dinaiki mereka mengalami kemalangan.

Motosikal yang ditunggang oleh seorang remaja berusia 17 tahun itu dikhabarkan telah bertembung dengan kerbau dan mengakibatkan seorang lagi remaja yang membonceng motor tersebut maut di tempat kejadian.

Apa yang lebih mengejutkan, remaja lelaki itu bertindak membonceng mayat teman wanitanya sejauh 15 kilometer sebelum ditinggalkan di garaj rumah keluarga remaja perempuan tersebut di Felda Keratong 10, Muadzam Shah.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Azari Miskun , suspek bersama mangsa yang berusia 17 tahun itu bersiar-siar pada waktu malam dengan menaiki motosikal jenis Yamaha LC berwarna biru.

Mayat remaja perempuan yang cedera parah di bahagian kepala dan peha itu ditinggalkan oleh suspek di garaj tanpa dimaklumkan kepada keluarganya kerana terlalu takut.

Kredit foto: Berita Harian

“Suspek tidak memaklumkan kepada keluarga mangsa berkaitan kemalangan terbabit, sebaliknya terus beredar dari rumah berkenaan dipercayai kerana terlalu takut,”

Namun, mayat remaja perempuan yang dibungkus dengan kain telah ditemui oleh datuknya pada pukul 10 pagi sewaktu datuk mangsa hendak meletakkan kenderaan di garaj itu.

Pihak polis telahpun menahan suspek dan merampas motor Yamaha Lc berkenaan. Sementara itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 May 2023
Trending Sun, 3 Dec 2023
Hiburan Thu, 3 Nov 2022
Trending Sat, 9 Mar 2019

Terpaksa Batal Contest Pilih Durian Terbaik

Hanya kerana status di laman Facebook, lebih 10,000 penyertaan diterima. Contest apa tu?

Trending Tue, 15 Sep 2020
Featured Wed, 17 Feb 2021
Featured Wed, 27 Sep 2023

Setahun Menyepi, Ara Johari Buat ‘Comeback’ Dengan SUDAH

Wah, sekali keluar dengan single terus letup ek Ara 🙌