Categories: Trending

‘Dear Love’ Bukti Cinta Utuh BCL & Ashraf Sinclair, Bikin Netizen Tak Boleh Move On

Selepas beberapa bulan mendiamkan diri dari media sosial, siapa sangka wanita kuat ini tampil memuat naik video berdurasi 11 minit 28 saat khas buat Allahyarham suami tercinta, Ashraf Sinclair.

Meskipun peminat sedia maklum, sambutan Hari Raya kali ini amat berbeza buat penyanyi popular, Bunga Citra Lestari tanpa suami di sisi. Namun, video yang terkandung dengan kata-kata indah buat Sang suami yang telah pergi betul-betul mengundang sebak netizen.

” Mendoakanmu, adalah caraku mencintaimu…”

Ungkapan itu sekaligus membuatkan para peminat tidak putus-putus meninggalkan komen dan berkongsi rasa bersama BCL atau lebih mesra dengan panggilan Unge ini.

Video yang berjudul ‘Dear Love’ itu telahpun meraih 2, 146, 510 juta tontonan selepas ianya dimuat naik pada Ahad.

Terdahulu, BCL turut berkongsi gambar Allahyarham Ashraf Sinclair menerusi akaun instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/CAuW_QClZCo/

Selain itu, BCL juga dilihat menyatakan rasa syukur beliau kerana dikelilingi keluarga tersayang walaupun tanpa suami disisi.

So, bagi korang yang belum tengok video Youtube BCL ni, diharap korang jangan sedih pula okay!

https://www.youtube.com/watch?v=C_HYasGNTmQ&t=339s

 

Salma Syahbuddin