Categories: Trending

PKPB : Lebih Banyak Sektor Industri Kecil Dibenarkan Beroperasi

Alhamdulillah…

Pastinya kelonggaran ini dapat membantu sektor industri kecil menjana semula pendapatan mereka akibat terjejas teruk terutamanya dalam fasa PKP sehinggalah PKPB.

Industri kecil mendapat permintaan yang tinggi

Berita baik buat sektor industri kecil! Ini kerana, permintaan yang banyak terhadap sektor ini membolehkan ianya diberikan kebenaran beroperasi tidak lama lagi!

” Dua hari lepas, kita menerima permohonan daripada persatuan penjaja… bila mereka boleh mula berniaga, membuka pasar malam, berniaga di pasar pagi.

“Persatuan penjaja sendiri diminta berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai dilakukan nanti.

Selain itu, Datuk Ismail Sabri juga menjangkakan lebih banyak sektor akan dibuka selepas ini bergantung kepada situasi semasa.

Salma Syahbuddin