Categories: FeaturedTrending

Farizal Marlias Alami Kecederaan Kepala, Kini Dalam Keadaan Stabil

Farizal Marlias Alami Kecederaan Kepala, Kini Dalam Keadaan Stabil

Penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) Farizal Marlias, mengalami kecederaan di kepala ketika perlawanan menentang Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.

Farizal dikatakan tidak sedarkan diri selepas bertembung dengan salah seorang pemain Terengganu, Shane Lowry ketika cuba mempertahankan serangan dari pihak lawan.

Walaubagaimanapun, penjaga gol itu terus dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Menerusi perkongsian di Twitter @OfficialJohor, kini Farizal berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani pemantauan ketat doktor serta bakal menjalani beberapa ujian kesihatan.

Selain itu, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut melawat penjaga gol itu sejurus perlawanan tamat.

Kejadian tersebut juga mendapat perhatian ramai peminat yang kebanyakannya mendoakan agar Farizal cepat sembuh.

“Speedy recovery Farizal Marlias,” tulis seorang pengikutnya.

“Fuhh pray for Farizal Marlias,” ciap seorang netizen.

Sumber: VocketFC

Fatin Nurain